Motosikal

TUNGGANG UJI MODENAS CT115!

Tidak seperti negara-negara membangun lain yang lebih menggemari skuter urban, pasaran Malaysia sejak dekad 1980-an dimonopoli oleh motosikal underbone, moped atau bahasa pasarnya kapcai.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (15)

Motosikal jenis ini dilihat lebih mesra pasaran berbanding skuter. Pengenalan model-model baharunya pun tidak sehebat underbone yang menjadi perniagaan teras bagi setiap jenama.

Kalau dilihat pada pemain utama sejak dahulu lagi ialah Honda, Yamaha dan Suzuki.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (17)

Pertengahan 1990-an dan awal milenium menyaksikan perlumbaan terbuka jenama yang mula mencurah masuk seperti Modenas, Sym, Demak, Nitro, Keeway, Comel dan lain-lain. Mereka dilihat cuba untuk merebut kek pasaran yang semakin membesar.

Modenas, sejak tahun 1990-an berjaya kekal dalam pasaran, walaupun hanya beberapa model sahaja yang kini tersenarai dalam pasaran ‘boleh dijual’.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (11)

Ia pernah mengecapi zaman kegemilangan apabila model pertama Kriss dan easy rider Jaguh menjadi cash cow kepada syarikat milik DRB-HICOM ini. Namun begitu, pasaran hari ini sudah jauh berubah.

Baru-baru ini, saya berkesempatan menunggang uji model yang baru dilancarkan, CT115. Ia dibekalkan dengan enjin empat lejang satu silinder 114.8cc yang menghasilkan [email protected] dan 8.1Nm tork.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (21)

Tipikal bagi mana-mana enjin yang dihasilkan dalam kelasnya. Kuasa pecutannya sepadan dengan kapasiti enjin dan teknologi yang dicurahkan.

Jentera ini boleh dikatakan sebagai variasi daripada model Ace 115 dengan konsep binaan yang hampir sama. Dalam kelasnya (enjin selinder lurus, sejukan udara) saya rasa pengendaliannya cemerlang.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (6)

Pecutannya malar, gear mudah diangkat. Manakala gegaran enjin dan casis boleh dijangka pada kelajuan 90km/j. Kelajuan maksimum yang mampu dicatat ialah sekitar 110km/j. Prestasi ini biasa bagi enjin bersesaran sebegini dan prinsip enjin empat lejang tadi.

Saya jarang menguji motosikal moped di selekoh dengan kelajuan luar biasa. Tengok sajalah tayar yang digunakan. Motosikal murah takkan pengeluar nak pasang tayar Battlax kan?

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (12)

Begitupun, tayar FKR 80/90 di hadapan dan 70/90 (belakang) itu sudah cukup untuk mengelakkan masalah membuai apabila badan motor diturunkan. Terima kasih kepada sistem suspensi tunggal monoshock belakang dan brek dual omboh di depan yang banyak membantu.

Setelah melakukan perjalanan lebih 150km, saya rasa ada sesuatu yang perlu diperbaiki – kurangkan ketinggian badan belakang. Sakit juga pinggang sebab titik graviti belakang ni agak tinggi. Saya terpaksa menyesuaikan posisi tunggangan beberapa kali.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (7)

Tambahan pula, motosikal ini tidak dipasangkan dengan bakul. Memang pakej betul lah, laju kemudian brek. Tetapi lutut tidak ada ruang untuk posisikan beban berhenti.

Kalau dibandingkan dengan enjin Yamaha dan Honda, enjin-enjin modenas (Kawasaki) memang lebih ‘rough’. Saya pemilik Modenas CT115 dan Yamaha LC135, dua karekter enjin yang sangat berbeza.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (1)

CT115 mewariskan DNA enjin sebelumnya, kasar dan kemudian digabungkan dengan sistem ekzos bunyi bassy yang agak kuat juga bunyinya kalau dibandingkan dengan motosikal dalam kelasnya.

CT115 hadir dengan reka bentuk serba baru. Ia Modenas paling sporty setakat ini atau saya lebih suka sebut futuristik. Gugusan lampu belakangnya kemas dan terkeluar dari panel asas badan.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (5)

Bahagian sisinya tirus, bahagian depannya nampak macam ada pengaruh Yamaha LC135 dengan posisi lampu membelok pada bahagian ‘dada’. Itu mungkin pada pandangan saya sahaja. Kemasan kecil yang dibuat ialah penutup enjin dan klac berwarna tembaga, selari penghadang ekzos berwarna gangsa dan hitam.

Antara ciri tambahan yang menarik ialah soket kuasa 12V yang membolehkan penunggang mengecas telefon apabila perlu. Penunjuk meter asas didatangkan dengan jarum kelajuan, posisi gear, lampu isyarat, lampu tinggi dan gear neutral. Untuk pengetahuan anda, Modenas pernah menghasilkan meter yang revolusi pada model GT128 yang dilengkapi RPM dan jam digital.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (10)

Bentuk spotrim CT115 mungkin paling futuristik pernah dibuat pada motosikal moped. Jejarinya macam Lamborghini Murcielago LP640. Dicat dengan warna hitam dengan kontras polished krom. Mula-mula nampak agak aneh, tapi bila dilihat lama dalam foto, ia sesuai dengan gaya yang cuba dipersembahkan oleh perekanya.

Selepas lima hari menunggang motosikal ini di bandar dan beberapa lebuh raya pendek, saya masih yakin Modenas ada sebuah produk yang bagus untuk dipasarkan.

test-ride-Modenas-CT115-mekanika (17)

Ia memenuhi keperluan moped urban, enjin lasak dan pentingnya pencuri tak berkenan pun dengan Modenas. Harga asasnya ialah RM4,988 tidak termasuk insurans. Berbaloi untuk dimiliki.

Google ads
Back to top button