Buletin

VOLVO LANTIK BEKAS BOS DYSON SEBAGAI CEO BAHARU

Lembaga Pengarah Volvo telah meluluskan pelantikan Jim Rowan sebagai CEO dan Presiden baharu Volvo Cars.

Dalam laporan carscoops, beliau menggantikan Hakan Samuelson yang telah meninggalkan Volvo selaras tempoh ditetapkan syarikat terbabit.

“Saya gembira menyertai Volvo Cars pada masa yang begitu menarik untuk syarikat. Pada masa sama, syarikat dalam transformasi untuk kedua-dua industri dan pengguna.

“Rekod prestasi Volvo Cars yang kukuh merentasi inovasi, keselamatan dan kualiti. Bahkan, bakat bertaraf dunia dan kemampanan serta keupayaan teknologi memberi inspirasi meletakkan syarikat untuk bergerak maju ke hadapan,” kata Rowan dalam satu kenyataan.

Beliau akan memulakan jawatan baharu itu bermula 21 Mac tahun ini.

Rowan yang merupakan CEO Ember Technologies memegang jawatan sebagai CEO Dyson antara 2017 sehingga 2020.

Terdahulu, beliau memegang jawatan COO bermula pada 2012 sehingga 2017 dan pernah berkhidmat bersama BlackBerry sebagai COO. –carscoops

Google ads
Back to top button