Buletin

VPCM PERKENAL POLO ALLSTAR EDISI KHAS – RM72,888 SEUNIT

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) baru-baru ini memperkenalkan  rangkaian ALLSTAR terdiri daripada model Polo, Vento dan Jetta yang telah diubah suai, istimewa buat pelanggan yang ingin tampil berbeza.

Rangkaian ALLSTAR ini dimulakan dengan Polo ALLSTAR yang telah dilancarkan pada hujung minggu lalu dalam acara carlist.my MAA Drive di Setia City Convention Centre. Diikuti oleh Vento ALLSTAR pada hujung bulan ini dan Jetta ALLSTAR pada Jun.

Menurut Pengarah Urusan VPCM, Erik Winter, pelancaran rangkaian ALLSTAR selari dengan misi VPCM untuk menawarkan produk Volkswagen bernilai tambah kepada rakyat Malaysia.

“Model ALLSTAR merupakan rangkaian edisi khas model-model utama kami. Ia kini tampil lebih segar menerusi naik taraf kosmetik agar kelihatan menarik dan sporty. Rangkaian ALLSTAR juga menjadi siri inisiatif edisi khas yang kami rancang untuk lancarkan pada tahun ini.”

Semua bilik pameran Volkswagen di seluruh negara juga menganjurkan program pada hujung minggu lalu, di mana orang ramai boleh mengunjungi pengedar sah Volkswagen berhampiran untuk melihat Polo ALLSTAR dengan lebih dekat.

Polo ALLSTAR 

Polo ALLSTAR ditawarkan pada harga RM72,888*. Ia boleh didapati dalam warna kelabu, perak, putih dan merah. Model itu juga hadir bersama aksesori eksklusif bernilai RM6,000 yang merangkumi tempat duduk kulit, pedal aluminium, spoiler belakang, kemasan pintu berwarna hitam, plat sisi ‘ALLSTAR’, emblem dan karpet.

Polo ALLSTAR mengekalkan prestasi sama dengan Polo biasa apabila menggunakan enjin petrol 1.6MPI bersama sistem pancitan bahan api. Enjin 16 injap Multi Point Injection (MPI) berkuasa 105PS itu kemudian dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan automatik Tiptronic.

Kereta tersebut mampu mencapai tork maksimum 153Nm pada putaran enjin serendah 3,800rpm dan pengunaan bahan api sekitar 6.3L bagi setiap 100km.

BACA: PROJEK POLO P VOLKSWAGEN

GALERI

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button