
USTAZ EBIT LEW BANTU 150 PENARIK BECA DI MELAKA
Pendakwah terkenal, Ebit Lew terus menghulurkan bantuan kepada 150 penarik beca di negeri Melaka dalam meringankan beban mereka yang terjejas akibat sektor pelancongan terkesan dengan pandemik Covid-19.
Melalui Facebooknya, dia menghadiahkan 150 set barangan dapur dan sedikit wang perbelanjaan kepada penarik beca terbabit.

“Sebak jer tengok 150 orang abang beca dan pakcik beca di Melaka. Hari ini hadiahkan 150 set barang dapur dan duit poket sedikit untuk semua abang beca. Sedih rasa hati.
“Musim pkp ini teruk juga mereka. Mereka buat banyak kerja lain juga. Cuma yang pakcik-pakcik mereka tetap bawa beca,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Selain itu, Ebit memberitahu terdapat juga penarik beca yang menjual burger, memandu grab dan bermacam lagi dalam menyara diri serta keluarga masing-masing.
“Ya Allah berat yer ujian mereka. Mereka harapkan mereka yang bercuti dari Kuala Lumpur dan Johor. Dan negeri lain untuk memeriahkan suasana.
“Cantik-cantik beca. Waktu malam dengan lampu, lagu dan bentuk. Hello kitty. Mickey mouse. Spiderman,” ujarnya.

Dia turut berharap industri pelancongan dapat dipulihkan dan pandemik hilang dengan segera. – FB Ebit Lew
- BACA: USTAZ EBIT LEW TAMPIL BANTU PEMANDU BAS/VAN SEKOLAH. EH, DIA TAKDE JAWATAN POLITIK KAN?
- BACA: COVID-19: EBIT LEW HANTAR BANTUAN KE SABAH GUNA PESAWAT KARGO
- BACA: KAYUH 1,200KM, REMAJA PEREMPUAN DIJEMPUT SERTAI PASUKAN BERBASIKAL KEBANGSAAN INDIA
- BACA: MEMPERKENALKAN JAGUH BARU LITAR NURBURGRING: TUK-TUK!