Buletin

WRC 2021 – KALLE ROVANPERA TUNJUK BELANG DI EKO ACROPOLIS RALLY GREECE

Pemandu muda pasukan Toyota Gazoom Kalle Rovanperä berjaya memenangi perlumbaan di EKO Acropolis Rally Greece pada hujung minggu yang lalu. Kemenangan ini dilihat cukup menyakinkan setelah melakukannya buat pertama kalinya kira kira dua bulan yang lalu di Estonia sekali gus menjadi pemandu termuda untuk memenangi perlumbaan WRC.

Ternyata kali ini Kalle Rovanperä benar – benar menunjukkan belang sebenar seorang bakal juara WRC di masa hadapan apabila menguasai saingan dari mula pada perlumbaan yang berlangsung di kawasaan Athens meliputi permukaan berbatu yang dilihat agak mencabar buat pada pemandu.

Apatah lagi hujan yang turun sebelumnya menjadikan laluan trek cukup mencabar hingga membuatkan trek kelihatan agak berlumpur. Sudah tentu pemilihan tayar yang sesuai menjadi faktor penting. Tetapi Kalle Rovanperä tidak menjadikan ianya sebagai alasan untuk tidak muncul juara walau pun baru pertama kali beraksi di Greece dengan laluan mendaki.

Kalle Rovanperä berjaya meninggalkan pemenang tempat kedua, Ott Tänak yang ketinggalan kira kira 42.1 saat. Agak jauh juga ketinggalan sebenarnya. Pemandu Finland itu mula mendahului pada saingan ketiga hari Jumaat tanpa menoleh lagi walau pun cuba dikejar rapat oleh Ott Tänak dan juga rakan sepasukan beliau, Sebastian Ogier.

Sebastian Ogier yang dilihat agak cemerlang di awal saingan akur untuk berada di tempat ketiga keseluruhan dengan ketinggalan 29.2 saat di belakang Ott Tanak. Ternyata pemilihan tayar dengan kompoun yang lebih lembut pada sebelumnya membolehkan beliau untuk menjarakkan diri dengan pemandu handalan Perancis tersebut.

Sungguh pun demikian, sebenarnya Sebastian Ogier masih boleh merasa lega apabila mengetahui pesaing untuk merebut kejuaraan WRC musim ini Elfyn Evans dan Thierry Neuville langsung tidak berada dalam kedudukan terbaik untuk mengutip mata. Elfyn Evans hanya berada di tempat keenam keseluruhan apabila beliau menghadapi masalah dengan sistem transmisi pada awal saingan dan terpaksa bermula lewat hingga mengakibatkan beliau dikenakan penalti 40 saat.

Manakala pencabar kejuaraan, Thierry Neuvilla juga akur untuk berada di tempat kesepuluh keseluruhan setelah mengalami masalah power stereng pada hari pertama saingan. Sebastian Ogier kini kelihatan agak selesa mendahului saingan WRC. Mungkinkah sekali lagi beliau juara WRC?

Saingan berikutnya bakal diadakan di Finland pada awal bulan Oktober nanti.

Kedudukan Mata Pemandu

  1. Sebastian Ogier – 180 mata
  2. Elfyn Evans – 136 mata
  3. Thierry Neuville – 130 mata

Kedudukan Mata Pengeluar

  1. Toyota Gazoo Racing – 397 mata
  2. Hyundai Shell Mobis – 340 mata
  3. M-Sport Ford – 153 mata

BACA : WRC 2021 – KALLE ROVANPERÄ CIPTA SEJARAH DI ESTONIA UNTUK MUNCUL JUARA

BACA : WRC 2021 – SEBASTIAN OGIER MENANG DI CROATIA

Google ads

B K

Back to top button