Motosikal

NAK LEPASKAN KAWASAKI VERSYS 650 DEMI PALESTIN

Pemilik Kawasaki Versys 650cc sanggup melepaskan jentera kesayangan dalam usaha membantu negara Palestin.

Dalam hantaran pengguna media sosial Facebook bernama Khaidhir Ali Matar berkata, dia ingin menjual motosikal model tahun 2017 itu pada harga RM30,000 melalui Jualan Amal Palestin.

“Jentera sangat-sangat terjaga. Semua duit jualan akan disalurkan kepada Palestin.

“Ia dilengkapi sepasang tayar baharu T31, set rantai dan spoket baharu, pad brek Vesrah baharu serta pelindung angin baharu,” tulisnya dalam Facebook.

Menurutnya lagi, jentera terbabit turut dilengkapi kotak simpanan Givi, kotak simpanan tepi, dan quickshifter.

Dia menambah, mereka yang berminat untuk membeli jentera kesayangannya itu boleh menghubungi Abdul Muein Mohd Noor di talian 013-802 1017 ataupun berurusan dengannya di 013-567 3439.

“Resit serah kepada saya dan boleh datang ambil motor pada bila-bila masa di Keningau,Sabah. Moga ALLAH gantikan dengan yang lebih baik,” ujarnya. – FB Khaidhir Ali Matar

Google ads
Back to top button