;
Motosikal

YAMAHA BAKAL HASILKAN TRACER 125/150?

Selepas Honda mengejutkan peminat motosikal dengan memperkenalkan ADV 150 di acara Gaikindo Indonesia Auto Show 2019 (GIIAS) bulan lalu, langkah itu nampaknya mula ditiru oleh pengeluar motosikal lain.

Terbaharu, muncul sekeping foto yang dikongsi oleh motosaigon.vn menunjukkan sebuah jentera dual purpose atau adventure dengan enjin berkapasiti kecil

Didakwa sebagai Yamaha Tracer 125 atau mungkin juga Tracer 150, motosikal itu bukanlah sesuatu yang mustahil dibina. Ini kerana Yamaha sudahpun mempunyai kerangka dan rangkaian kuasa yang boleh menyokong pembangunan tersebut.

Sebagai sebuah motosikal berkapasiti lebih kecil, jangan terlalu berharap ia boleh bergerak dalam jarak jauh atau mengharung laluan off-road yang ekstrem seperti Tracer 700 atau Tracer 700.

Namun, ia pasti sudah cukup bagus untuk digunakan sebagai motosikal harian ke tempat kerja atau kolej.  

Kemungkinan besar dibina untuk pasaran Asia, Yamaha Tracer 125/150 didakwa melakukan debut pada acara Ho Chi Minh Motorshow pada hujung bulan ini.

Sama-sama kita tunggu. Jika benar, pasaran model dual purposes berenjin kecil semestinya jadi semakin meriah.

Google ads
Back to top button