
YAMAHA XSR900 ABS 2025 – EVOLUSI RETRO DENGAN TEKNOLOGI TERKINI
Di pasaran banyak motosikal moden dengan gaya retro. Salah satu daripada yang mencuri perhatian adalah Yamaha XSR900.
Model ini diperkenal pada 2016 dan sejak itu telah menerima beberapa naik taraf.
Terbaru Yamaha memperkenalkan XSR900 ABS 2025 untuk pasaran Jepun dengan perubahan pada suspensi, sistem elektronik, meter dan beberapa lagi.
Ciri Baharu Utama
- Skrin TFT 5-inci dengan sambungan Y-Connect & Garmin StreetCross
- Yamaha Ride Control (YRC) dengan mod tunggangan yang boleh disesuaikan
- Suspensi boleh laras sepenuhnya (fork USD 41mm di depan, monoshock KYB di belakang)
- Reka bentuk ergonomik baharu – hendal, pelana, dan suis kawalan ditingkatkan
- Lampu isyarat automatik dengan Emergency Stop Signal (ESS)
- Sistem pencahayaan LED penuh dengan reka bentuk lampu hadapan baharu
Paparan & Sambungan Y-Connect & Garmin
Skrin TFT warna penuh 5-inci memberikan paparan yang lebih jelas dan interaktif.
Seperti model lain, sambungan Y-Connect (Bluetooth) membolehkan pemantauan status motosikal dan pemberitahuan telefon terus di skrin. Navigasi Garmin StreetCross membolehkan penunggang menggunakan panduan peta terus dari skrin tanpa perlu bergantung pada telefon bimbit.
Port USB Type-C turut disediakan untuk pengecasan peranti, menjadikannya lebih praktikal untuk perjalanan jauh.
Yamaha Ride Control (YRC)
YRC ialah sistem yang membolehkan penunggang memilih tetapan kuasa enjin dan tahap campur tangan kawalan elektronik mengikut keperluan dan keadaan jalan.
Terdapat tiga mod pratetap dan dua mod boleh disesuaikan:
- SPORT – Respons enjin lebih agresif, sesuai untuk jalan berliku.
- STREET – Sesuai untuk pelbagai keadaan jalan, termasuk persekitaran bandar.
- RAIN – Kuasa lebih lembut untuk keadaan jalan licin atau basah.
- CUSTOM 1/2 – Penunggang boleh menyesuaikan kawalan elektronik dan menetapkan ON/OFF mengikut keutamaan.
Suspensi & Casis
Reka Bentuk & Ergonomik
Hendal direka semula untuk kedudukan menunggang lebih selesa dan membantu mengurangkan keletihan semasa perjalanan jauh.
Untuk pelana, kekerasan uretana dikurangkan sebanyak 20 peratus berbanding model 2022 dan bahagian permukaan diperluaskan untuk mengurangkan keletihan dalam perjalanan jauh.
Balutan pelana kini mempunyai kemasan suede untuk tekstur dan cengkaman yang lebih baik. Bahagian belakang sedikit condong ke bawah bagi meningkatkan keselesaan pembonceng.
Tuil brek hadapan dilengkapi dengan silinder induk radial (radial master cylinder), di mana omboh (piston) bergerak sejajar dengan tuil brek.
Ini membolehkan tekanan hidraulik brek dihantar secara linear, memberikan kawalan yang lebih tepat dan responsif semasa membrek.
Tuil brek turut mempunyai dail pelarasan (dial adjustment), membolehkan penunggang menyesuaikan kedudukannya mengikut saiz tangan untuk keselesaan dan kawalan yang lebih baik.
Sistem Pencahayaan & Keselamatan
Lampu isyarat automatik dengan Emergency Stop Signal (ESS) diaktifkan ketika membrek kecemasan, memberi amaran kepada pemandu lain di belakang.
Lampu hadapan LED dengan reka bentuk unik memberikan pencahayaan lebih terang dan penglihatan malam lebih baik. Lampu belakang LED direka untuk daya tahan lebih lama dan penampilan lebih moden.
Enjin & Prestasi
XSR900 2025 digerakkan enjin 3-silinder 888 cc sejukan cecair berkonsep Crossplane dengan daya kila tinggi dan pemanduan lancar.
Kuasa maksimum ialah 120PS @ 10,000 rpm, dengan tork 93Nm @ 7,000 rpm.
Reka Bentuk Ekzos yang Ditala untuk Bunyi Optimum
Paip ekzos simetri kiri dan kanan menghasilkan bunyi yang seimbang dan mendalam.
Diperbuat daripada besi tahan karat dengan panjang dan lengkungan berbeza bagi setiap silinder, ia memberikan getaran (pulsation effect) ekzos yang optimum.
Reka bentuk ini juga membantu pemusatan jisim serta menghasilkan bunyi frekuensi rendah yang lebih mengasyikkan pada kelajuan rendah.
Harga
- Silky White & Black Metallic X: 1,320,000 yen (RM39,469)
- Ceramic Ivory (edisi terhad): 1,353,000 yen (RM40,455)
- Kuota jualan: 600 unit setahun (pasaran Jepun)
Spesifikasi Utama
- 888cc 3-silinder, 4-lejang, DOHC, 4-injap, sejukan cecair
- Kuasa maksimum: 120PS (88kW) @ 10,000 rpm
- Tork maksimum: 93Nm @ 7,000 rpm
- Berat: 196kg
- Kapasiti tangki bahan api: 14L (Unleaded Premium Petrol)
- Suspensi depan: Fork USD 41mm (boleh dilaras sepenuhnya)
- Suspensi belakang: KYB dengan pelarasan penuh
- Rangka aluminium CF ringan
- Brek depan: Cakera berkembar dengan ABS
- Brek belakang: Cakera tunggal dengan ABS
- Sistem YRC dengan pelbagai kawalan elektronik
- Kotak gear: 6-kelajuan, klac basah, Quick Shift System (QSS)
- Tayar depan: 120/70ZR17M/C (Tubeless)
- Tayar belakang: 180/55ZR17M/C (Tubeless)
- Paparan meter TFT 5-inci dengan navigasi Garmin StreetCross
- Sambungan telefon pintar melalui Y-Connect (Bluetooth)
- Port USB Type-C untuk pengecasan peranti
- Sistem lampu LED penuh (hadapan & belakang)