
YAMASHIRO MALAYSIA KINI PENGEDAR RASMI JENAMA SPIDI
Orang ramai kini boleh mendapat akses kepada barangan SPIDI dengan lebih mudah menerusi Yamashiro Malaysia yang kini diumumkan sebagai pengedar rasmi di sini.

Jenama riding gear dari Itali itu merupakan antara nama besar dalam penghasilan barangan berkualiti tinggi sejak 1977 dan merupakan pelopor dalam penghasilan jaket airbag pertama dunia selain mesh jacket, sarung tangan dengan pelindung dan riding jeans.
Untuk rekod, Yamashiro Malaysia turut mengedarkan pelbagai jenama lain untuk kegunaan penunggang motosikal antaranya NEXX Helmets, SIDI, FIVE, SIXS, Quad Lock, RST, Progrip dan 56 Design.

Orang ramai yang berminat untuk meninjau produk SPIDI dengan lebih dekat boleh kunjungi pusat pameran berikut:
- Sunny Cycle (Kuala Lumpur)
- Motoplex Welly Sungai Buloh (Selangor)
- Guan How Superbike Centre (Penang)
- Guan How Superbike (Ipoh)

Selain itu, info mengenai produk ditawarkan boleh layari laman web Yamashiro Malaysia.




