Buletin

PENGASAS BERSAMA UBER JUAL SEMUA SAHAM RM12 BILION. BUAT STARTUP CLOUDKITCHENS PULA

Pengasas bersama platform e-hailing Uber, Travis Kalanick dilapor telah menjual semua saham miliknya pada harga AS$3 bilion (RM12 bilion). 

Kalanick juga meletak jawatan sebagai ahli lembaga pengarah dalam syarikat yang ditubuhkannya pada tahun 2009 itu.

Pada tahun 2017, Kalanick tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Uber berikutan satu siri skandal dan tekanan daripada pelabur yang mahu dia meletak jawatan. 

“Uber telah menjadi sebahagian daripada hidup saya selama 10 tahun. Dengan syarikat yang telah disenarai awam, mungkin sudah tiba masanya untuk saya fokus kepada perniagaan baru dan sumbangan. Saya sangat bangga dengan apa yang telah dicapai oleh Uber dan akan terus menyokongnya dari jauh,” kata Kalanick. 

Kalanick kini sibuk membangunkan sebuah startup yang ingin menghasilkan dapur untuk tujuan perniagaan dan menyewa ruang kepada restoran.

Dikenali sebagai CloudKitchens, syarikat itu telahpun mengumpul dana sebanyak AS$400 juta (RM1.6 bilion) daripada Tabung Pelaburan Awam Arab Saudi, selain beberapa ratus juta daripada poketnya sendiri. 

Penganalisa mengalu-alukan berita pengunduran Kalanick daripada Uber. Dia sebelum ini didakwa oleh kakitangan Uber sebagai bertanggungjawab menyuburkan budaya kerja toksik yang menggalakkan gangguan seksual dan buli.

Google ads
"
"
Back to top button