Buletin

YOUTUBER SEWA MALL UNTUK LUMBA DRAG. GT-R VS VEYRON,MANA SATU CHAMPION?

YouTuber, James Lucas Condon yang lebih dikenali sebagai The Stradman telah melakukan sesuatu tidak masuk akal menyewa pusat beli-belah  Utah, Amerika Syarikat (AS) semata-mata ingin menganjurkan perlumbaan drag.

The Stradman merupakan antara YouTuber terkenal dalam memberi tumpuan kepada kenderaan kerana minat mendalam terhadap dunia automotif.

Bahkan, lelaki berkenaan sudah memiliki lebih 3 juta subscriber dan setiap postingnya meraih lebih satu juta tontonan.

Meraih pendapatan sebagai YouTuber, dia memiliki beberapa supercar termasuk Bugatti Veyron, Lamborghini, Ferrari dan banyak lagi.

Melalui video berdurasi 13:33 minit yang dimuat naik dalam YouTube, dalam perlumbaan drag tersebut, dia menggunakan jentera Bugatti Veyron menentang Nissan GT-R.

Selepas beberapa sesi latihan, Veyron dan GT-R berkenaan mula berentap di dalam pusat beli-belah yang kosong.

Keputusannya, jentera Nissan GT-R berjaya menewaskan Veyron milik The Stradman.

 Dia menyalahkan tumpahan minyak di atas lantai berikutan masalah dihadapi jenteranya.

Begitupun, adakah ia sekadar gimik membikin kandungan platform media sosialnya?

The Stradman sahaja yang mampu menjawab persoalan tersebut tetapi video berkenaan sudah meraih tontonan melebihi 1 juta sejak dimuat naik pada penghujung bulan lalu. – hotcars

Google ads
Back to top button