Motosikal

ZONGCHEN BAKAL LANCAR CYCLONE RC401, RX401

Chongqing Zongchen yang ditubuhkan pada tahun 1992, merupakan antara pengeluar motosikal terbesar di negara China.

Syarikat berkenaan memiliki sejarah bersama Suzuki dengan menyertai perlumbaab Endurance World Championship dan Rali Dakar 2017.

Selain itu, pengeluar China itu turut berkolaborasi dalam membangunkan motosikal bersama Piaggio dan Harley-Davidson.

Zongshen menerusi jenama produk Cyclone mahu menawarkan produk berkualiti tinggi untuk pasaran domestik dan eksport.

Bahkan, terdapat beberapa model dibangunkan khusus untuk eksport ke pasaran Barat.

Sebagai contoh, motosikal advencer RX6 yang menggunakan enjin Norton dilancarkan tahun lalu dan dijangka memasuki pasaran Eropah tidak lama lagi.

Terbaharu, Zongchen bakal memperkenalkan dua model dikenali sebagai RC401 dan RX401.

Model terbaharu itu akan mendapat khidmat enjin dwi-silinder sebaris dipadankan sistem penyejukan cecair mampu menjana kuasa 45 hp.

Jentera RC401 memiliki berat 178 kg menampilkan rekaan sportbike yang garang.

Ia turut hadir dengan rim 17 inci, sistem ABS, sistem fork terbalik (USD) dan swingarm diperbuat daripada aluminium.

Bagi RX401 pula, jentera adventure berkenaan didatangkan rim 19 inci pada bahagian hadapan manakala 17 inci di belakang, fork USD KYB, frem keluli trellis dan swingarm aluminium.

Begitupun, pengeluar masih belum mendedahkan secara terperici spesifikasi dan harga bagi kedua jentera baharu itu. – rideapart

Google ads
Back to top button