
PIAGGIO GROUP NAK BUKA KILANG DI JAKARTA TAHUN INI. SEBAB APA INDONESIA?
Piaggio Group akan membangunkan kilang baharu di Indonesia dan dijangka beroperasi pada separuh kedua tahun ini.
Kilang dengan keluasan 55,000 meter itu akan dibangunkan di Jakarta malah merupakan yang ketiga di rantau Asia.
Piaggio sudah memiliki dua kilang di rantau Asia iaitu di Vin Puch, Vietnam dan Foshan, China.
Keputusan itu membantu menambah baik kedudukan Piaggio Group di republik tersebut selepas jualan 2021 mencatatkan kenaikan 61 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Piaggio Group menjangkakan jualan lebih baik pada tahun ini apabila sudah memiliki 50 premis jualan.
Bahkan, syarikat berkenaan telah membuka empat Motoplex di Jakarta, Bali, Surabaya dan Jogjakarta yang menempat empat jenama iaitu Aprilia, Moto Guzzi, Vespa serta Piaggio.
Untuk rekod, Indonesia merupakan pasaran global terbesar untuk motosial selepas India dan China. – Totalmotorcycle
- BACA: ROYAL ALLOY LANCAR 125 S DAN 300 S. SENTUHAN RETRO BRITAIN
- BACA: APRILIA ASIA PACIFIC BUAT SESI PREBIU MEDIA RS660. 3 PILIHAN WARNA, LANCAR TAK LAMA LAGI
- BACA: GP INDONESIA DI LITAR MANDALIKA MINTA BANTUAN BOMOH HUJAN
- BACA: KERAJAAN INDONESIA DIMINTA JANGAN TERLALU GHAIRAH BELI JET PEJUANG MAHAL