
12 CIRI BAHARU HONDA CBR 150R
Imej model Honda CBR150R 2016 (facelift) mula bocor di alam maya. Difahamkan foto berkenaan dirakam ketika pembentangan produk tersebut.
Laporan Cicak Kreatip mendedahkan versi facelift itu menerima 12 perubahan berbanding model sedia ada.
Model superbike berkenaan menerima ciri LED pada lampu hadapan. Konsol instrumen digantikan dengan unit digital sepenuhnya.
Tidak ketinggalan, bahagian kosmetik turut dikemas kini dan direka semula. Ini termasuklah lampu hadapan berkembar, cermin sisi, tangki minyak, grafik badan, kowl tengah, pelana belakang, ekzos, swingarm, lampu belakang serta rel pemegang di belakang.
Bagaimanapun, bahagian enjin tidak disentuh. Masih dijana enjin 149.4 cc satu silinder penyejukkan cecair. Ia mampu menghasilkan kuasa 17.1PS @ 10,500rpm tork 13Nm @ 7,500 rpm.











