Motosikal

TAK BAYAR GAJI PEKERJA VILLA, ROSSI DIARAH BAYAR PAMPASAN RM153K

Valentino Rossi dilapor kalah dalam rayuannya untuk tidak perlu membayar pampasan ke atas dua orang pekerja sebuah villa miliknya di Tavulia. 

Pekerja itu mengemukakan saman ke atas Rossi kerana memecat mereka secara tidak sah pada tahun 2016. Rossi mendakwa mereka dipecat kerana hartanah itu disenarai untuk jualan. Menurut peguam Rossi, kontrak lantikan menjelaskan bahawa pekerja itu berkait dengan pemilik sebelum ini. Jadi, apabila ia dijual, kontrak tersebut sepatutnya terbatal sama. 

Dalam perbicaraan pertama, kedua-dua prang pekerja dari Moldova itu gagal dalam menuntut pampasan sebanyak 114,000 euro (RM512,000) dan diarah supaya membayar kos perundangan yang perlu ditanggung oleh Rossi. 

Namun, keputusan itu ditukar selepas rayuan dibuat dan mahkamah mengarahkan Rossi membayar pampasan sebanyak 34,000 euro (RM153,000) termasuk kos perbicaraan. Mereka juga mendakwa Rossi tidak membayar upah kerja lebih masa dan dibuang tanpa sebab munasabah. 

Mereka berdua menang rayuan kali kedua itu kerana peguam berjaya membuktikan walaupun pemilihan hartanah telah bertukar tangan, kedua-dua entiti masih mempunyai kaitan dengan Rossi dan dia bertanggungjawab membayar gaji pekerjanya. 

Biarpun itu keputusannya, peguam Rossi masih ada peluang untuk membuat rayuan, Nampaknya lambat lagi lah kes ini nak selesai.

Google ads
Back to top button