,
Motosikal

ROSSI SERONOK NAIK YAMAHA M1 DI KAMPUNG SENDIRI

Pelumba pasukan Monster Yamaha, Valentino Rossi menyifatkan peluang menunggang jentera Yamaha M1 dari kampung halamannya, Motor Ranch di Tavullia ke Litar Misano sebagai satu mmimpi yang menjadi kenyataan. 

Sepanjang jalan ke  Litar Misano, pelumba lagenda itu diberi tepukan dan sorakan gemuruh daripada para peminatnya sebelum berhenti di ibu pejabat VR46. 

Sebaik sahaja sampai di sana, Rossi membuat satu pusingan penuh di litar bakal menjadi venue untuk perlumbaan MotoGP hujung minggu ini dan memarkir jentera tersebut di pit Monster Yamaha. 

“Rasanya hebat sekali. Macam satu mimpi yang jadi kenyataan. Sewaktu kecil dan menunggang skuter 50cc, saya selalu berangan hendak menunggang jentera MotoGP melalui Tavullia. Ini merupakan satu momen dan perasaan yang sangat mengujakan. 

“Ini sememangnya Grand Prix kampung halaman saya. Rumah saya hanya 10km dari sini. Saya membesar di Misano dan menunggang motosikal pertama di Litar Misano. Saya jangkakan ramai peminat yang memakai topi kuning akan datang. 

“Jadi, kami akan memberikan yang terbaik dan kompetitif,” kata Rossi. 

Rossi yang merupakan juara di Litar Misano pada tahun 2008, 2009 dan 2014 gagal menamatkan perlumbaan di podium dalam sembilan saingan sebelum ini. Namun, dia berjaya mencatat kedudukan grid di litar Silverstone. 

Dalam ujian masa di Misano, The Doctor merekodkan kedudukan keempat terpantas di mana dia mencuba ekzos, swingarm gentian karbon dan aspek aerodinamik yang baru. 

Sama-sama kita nantikan hasilnya hujung minggu ini. 

Tags
Google ads
Back to top button