Motosikal

TERKINI: APRILIA RS 457 SAH MASUK MALAYSIA SEPARUH KEDUA 2024 – RM3X,XXX

Aprilia mencuri tumpuan sejak memperkenalkan Aprilia RS 457 serba baharu untuk pasarna global pada September tahun lalu. 

India kemudiannya dipilih menjadi pasaran pertama menerima model tersebut dengan harga jualan rasmi INR410,000 (RM23.2k). 

Dalam perkembangan terbaru, kami dimaklumkan bahawa Aprilia RS 457 akan memasuki pasaran Malaysia pada suku kedua tahun ini. Menariknya, kami difahamkan harga jualan bagi model ‘sportsbike’ itu adalah sekitar RM3X,XXX. 

Sekiranya benar, perkembangan terbaru itu pastinya menceriakan peminat Aprilia terutamanya yang mahukan model sportsbike yang lebih mampu milik. 

Menariknya, walaupun berkapasiti 457cc dengan konfigurasi dua silinder (parallel-twin), motosikal ini mampu menawarkan 47hp. Bagaimanapun, paling mencuri tumpuan berat jentera ini hanya 158kg. 

Menariknya, RS 457 juga tidak ketinggalan dari aspek elektronik yang merangkumi sistem Ride-by-Wire yang menawarkan tiga mod enjin yang mengawal aliran kuasa, tork dan ‘traction control’. 

Dibangunkan sepenuhnya di Noale, Itali, Aprilia menyifatkan RS 457 sebagai pengisi jurang antara RS 125 dan RS 660 sekaligus menyempurnakan barisan keluarga RS termasuk RSV4 dan jentera MotoGP RS-GP. 

Selain itu, RS 457 ini juga datang dengan pencahayaan LED penuh termasuk lampu nyalaan siang (DRL). Juga tidak ketinggalan, panel meter TFT 5-inci. 

Pakej suspensi pula terdiri daripada fork 41mm depan dengan jarak pergerakan 120mm dan monoshock belakang yang dipadankan bersama ‘swingarm’ keluli yang menawarkan jarak pergerakan 130mm.

Sistem brek pula terdiri daripada brek ByBre 4-pot dengan cakera 320mm depan dan 220mm belakang. ABS dwi-saluran pula memastikan operasi brek lebih baik dalam pelbagai keadaan jalan. 

Lebih menarik, Aprilia turut melengkapkan RS 457 dengan fungsi ‘quickshifter’ (atas/bawah) sebagai aksesori tambahan. 

GALERI: APRILIA RS 457

Google ads
Back to top button