Modifikasi

NISSAN AD RESORT SI MANJA MERAH – DARI KERETA PASAR MALAM JADI WAGON YANG MEMUKAU

Tidak seperti Eropah, pasaran wagon di rantau Asia Tenggara sebenarnya sangat-sangat kecik. Mana silap pun tak tahu dan kebanyakan kita lebih menggemari kenderaan dari segmen MPV sebagai pilihan.

Dari yang kecik macam Alza, sampailah yang mahal macam Vellfire. Bersepah-sepah! Mungkin sebab kebanyakan kita di sini berkeluarga besar. Jadi tambahan tempat duduk di ruang belakang lebih diperlukan. Sedangkan wagon lebih praktikal untuk mengangkut barang semata.

BACA: EVOLUSI NISSAN AD RESORT

Jika diimbas, segmen wagon masih lagi meriah ketika Tan Chong Motor memperkenalkan AD Resort untuk pasaran tempatan. Lepas pada tu langsung tak nampak jalan, kecuali model Forester dan Caldina yang berjaya menambat kembali segelintir peminat segmen ini.

Itu pun sebab prestasi. Selebihnya ditawarkan oleh barisan pengeluar premium, yang kalau tak jual walau sebijik sekalipun tak jadi hal. Pernah tengok Mazda 6 Wagon? Kau giler cakap tak lawa. Tapi gitulah, reganya pulak jadi kekangan.

Alternatif yang tinggal untuk para peminat wagon adalah membeli dan menaik taraf model-model lama yang masih berkeadaan baik. Salah satu pilihan mudah lagi murah ialah Nissan AD Resort.

Walaupun kebanyakannya ditawarkan dengan pakej asas, kreativiti para pemilik berjaya memberi nafas baru kepada model ini.

Ini Manja Merah, nama yang diberikan Amar kepada kereta miliknya. Signifikan nama tu tak pastilah pulak. Mungkin kerana terlalu manja hingga memaksa Amar membeli apa saja yang diinginkan.

Untung jugak jadi kereta. Beberapa purnama dulu dah pernah muncul dalam majalah tempatan. Tapi lepas berwajah baru, ia kembali semula memberi ilham kepada mereka yang berminat.

Dari sebuah kereta pasar malam, penampilan Manja Merah telah digayakan semula menerusi padanan beberapa komponen yang bersesuaian. Pilihan tak banyak mana, tapi kebanyakan pemilik gemar mengadunnya dengan model setara.

Paling mudah, salinan komponen dari model Y10 Wingroad untuk keseluruhan facelift depan, skirt sisi, pintu, serta bumper belakang yang perlu dikacuk.

Tidak ketinggalan skup udara Pulsar, sunroof Audi A4, panel plet California, spoiler Shonan dan tambahan panel bumper Libero di bahagian belakang.

Hiasan roda pulak datang dengan rim Volk Racing TE37 beserta tayar 215/45ZR-17. Ala, tayar murah jer…

Ruang dalam tampak kemas untuk sebuah kereta pasangan yang baru berkahwin. Tunggu ler dah ada anak nanti, abis calar-balar kena gesek ngan hotwheels.

Hampir kesemuanya menggunakan perkakasan milik Wingroad seperti papan pemuka, tempat duduk dan panel pintu.

Tidak dilupakan tambahan aksesori lain seperti stereng Personal, meter boost Apexi, serta gabungan sistem audio dari Sony dan Kenwood.

Wagon dulu-dulu tidak dibina untuk tujuan prestasi. AD Resort ini misalnya, hanya dibekalkan dengan enjin suapan karburetor. Untuk memberi Manja Merah semangat baru, tugas enjin tersebut telah dipencenkan dan diganti dengan enjin SR20DET yang lebih ranum.

Nadi baru ini belum lagi usik, kecuali proses port & polish ringan di bahagian kepala silinder. Untuk sistem pendesak, suapan udara dibawa masuk dari penapis udara Blitz, terus ke mulut turbin Garrett T25BB.

Lebihan tekanan pada perumah ekzos dipaksa keluar, menerusi wastegate Turbosmart Ultra-Gate. Boost yang terhasil kemudian, disejukkan oleh intercooler Blitz lengkap bersama paip sambungan kustom. Sementara tekanan berlebihan, dilepas keluar melalui injap pelepas Apexi Twin Chamber.

Penyampaian bahan api datang dari pam petrol Walbro, sambil dikawal unit regulator Works Engineering. Bagi kuasa nyalaan pulak, ia diperkuat dengan kabel pencucuh Ultra, sebelum keseluruhan sistem ditala mengunakan piggyback GReddy e-Manage…

BACA: LAGI CONTOH MODIFIKASI AD RESORT

GALERI

Google ads
Back to top button