
ALPHA MOTOR DEDAH TRAK PIKAP ELEKTRIK WOLF
Alpha Motor Corporation secara rasmi mendedahkan trak pikap elektrik dikenali sebagai Wolf yang kelihatan hampir sama dengan imej render dikeluarkan beberapa bulan lalu.
Jentera yang mendapat sentuhan warna biru gelap itu akan dapat dilihat dengan lebih dekat sepanjang bulan November ini di Muzium Automotif Petersen, Los Angeles, Amerika Syarikat (AS).
Selain Wolf, Alpha Motor dijangka menawarkan dua varian iaitu Wolf+ dan SuperWolf.
Harga jualan dianggarkan bermula dari AS$36,000 (RM151,128) sehingga AS$46,000 (RM193,108) untuk model yang lebih premium.

Ia merupakan sebuah trak pikap kabin tunggal dengan dimensi kecil, iaitu 4,775 mm panjang, 1,930 mm lebar, dan 1,676 mm tinggi. Kapasiti menunda pula dianggarkan kira-kira 1,360 kg.
Pada bahagian hadapan, ia dilengkapi bar warna hitam dipadankan dengan spotlight manakala rekaan lampu utama terletak kemas di fasia depan.
Tidak banyak perincian didedahkan berhubung pikap trak terbahau itu.

Bagaimanapun, ia dilengkapi pek bateri berkapasiti antara 75-85 kWh, dengan jarak pemanduan sehingga 443 km.
Trak pikap Wolf dijangka hadir dengan pacuan roda depan atau semua roda, yang membolehkan pecutan 0-96 km/j dalam tempoh 6.2 saat.
Ia masih dalam peringkat awal pembangunan dan bakal memasuki fasa produksi menjelang tahun 2023. –carscoops
- BACA: TRAK PIKAP DODGE RAM TARIK LORI BALAK SEBERAT 67 TAN. JAHANAM DRIVELINE BOSSKU
- BACA: TRAK PIKAP HYUNDAI SANTA CRUZ MULA DIPRODUKSI DI KILANG ALABAMA
- BACA: AZNOM PALLADIUM. GABUNGAN PELIK TRAK PIKAP, SUV DAN SEDAN
- BACA: TRAK PIKAP MAXUS T60. 2.8L TURBO DIESEL, 3 MODE PEMANDUAN, TPMS, RM99,888 SAHAJA
GALERI:














