
AMACAM KAWASAKI WHITELOCK TINKER TOY ADA 48 SILINDER
Motosikal Kawasaki 250 S1 yang dibikin sehingga memiliki 48 silinder memegang rekod sebagai motosikal yang boleh berfungsi dengan jumlah silinder paling banyak di dunia.
Jentera dikenali sebagai Whitelock Tinker Toy itu merupakan milik seorang peminat motosikal dari Britain, Simon Whitelock.
Motosikal itu pada asalnya merupakan model Kawasaki 250 S1 dilengkapi enjin tiga silinder dengan sesaran 250 cc.
Bagaimanapun, ia telah diberi nafas baharu dengan didatangkan enam baris dilengkapi lapan silinder tulen S1 ditanggalkan daripada 16 buah unit enjin motosikal S1.
Kesemua silinder tersebut disambung pada transmisi yang digunakan dari motosikal BMW.
Whitelock mula mendedahkan motosikal itu bermula pada tahun 2003.
“Agak sukar menghidupkan enjin berkenaan berbanding motosikal konvensional.
“Daripada menggunakan starter elektronik, kami menggunakan apa yang dipanggil ‘donkey engine’ iaitu enjin sub 50cc untuk menghidupkan enjin 48 silinder itu,” kata Whitelock.
Kawasaki tersebut dibikin tidak bersifat praktikal, efisien mahupun memiliki fungsi asas.
Ia berikutan kedudukan antara pemegang tangan dengan hujung tempat duduk yang jauh sekali gus menjadikan jentera terbabit sukar ditunggang.
Bahkan, motosikal itu memerlukan petrol yang banyak untuk berfungsi atau membolehkan kesemua enjin berfungsi secara optimal.
Whitelock Tinker Toy sentiasa menjadi perhatian penggemar motosikal apabila ia memasuki pameran mahupun konvensyen di seluruh dunia. – odditycentral