Artikel Pilihan

KEMENANGAN BERSEJARAH SEBASTIAN LOEB DALAM WRC SEPANYOL

Sebastian Loeb dan perlumbaan World Rally Championship (WRC) sememangnya tidak asing lagi. Beliau adalah lagenda. Itu hari, Sebastian Loeb sekali lagi membuktikan kehandalannya bersama Jurupandu Daniel Elena apabila memenangi WRC Sepanyol bersama pasukan  Citroën Total Abu Dhabi WRT.

BACA : SÉBASTIEN LOEB MENANG TEMPAT KETIGA DI WRX KANADA – PODIUM KETIGA BERTURUT-TURUT

BACA : SÉBASTIEN LOEB BAKAL KEMBALI SEMULA KE WRC?

Kejayaan Sebastian Loeb tersebut adalah merupakan kejayaan ke 79 buat beliau memenangi perlumbaan pusingan WRC dalam sejarah perlumbaan. Kejayaan ini sekali lagi membuktikan keupayaan mantan juara yang tidak pernah mengalah.

Kemenangan Sebastian Loeb ini merupakan aksi terakhir beliau bagi kalendar WRC 2018 setelah muncul sebagai pelumba undangan untuk pasukan Citroen. Kali terakhir Sebastian Loeb beraksi penuh dalam kalendar WRC adalah enam tahun sudah.

Beraksi di Sepanyol bukanlah asing buat Sebastian Loeb. Beliau pernah menjuarai sebanyak lapan kali di Sepanyol sebelum ini. Dan prestasi Sebastian Loeb musim ini selaku pelumba undangan sebetulnya masih lagi bagus. Cuma rezeki untuk menang belum tiba.

Ironinya di sebalik kemenangan Sebastian Loeb, ini adalah kemenangan pertama buat pasukan Citroen Total Abu Dhabi WRT untuk saingan musim ini dan kemenangan yang ke 99 dalam sejarah penglibatan Citroen dalam WRC.

Mujur ada pelumba veteran si Sebastian Loeb. Kalau tidak, mana entah nak letak muka. Bagi Sebastian Loeb,Ini adalah kemenangan pertama buat beliau  setelah kali terakhir melakukannya di Argentina pada 2013.

Dan orang yang paling gembira dan lega dengan kemenangan ini sudah tentulah Prinsipal Pasukan, Pierre Budar. Beliau mengucapkan terima kasih kepada keseluruhan pasukan yang telah bekerja keras untuk kejayaan ini. Ternyata strategi penggunaan tayar kepada spesifikasi tarmac membantu kejayaan kepada Sebastian Loeb dan pasangannya Daniel Elena kali ini.

Ternyata prestasi gandingan Sebastian dan Daniel ini cukup serasi dari dahulu hingga ke perlumbaan di Sepanyol. Cukup sempurna gandingan pelumba – jurupandu – kereta. Cuma bagi pasukan Citroen, kegagalan barisan pelumba utama mereka untuk beraksi cemerlang dalam saingan musim ini sesuatu yang harus diperbetulkan bagi menghadapi saingan musim 2019. Takkanlah masih mengharap sentuhan otai lagi kan?

Pusingan terakhir WRC 2018 bakal berlangsung di Australia.

Keputusan WRC Rali Sepanyol 2018

  1. 1.  Sebastian Loeb – Citroen Total Abu Dhabi
  2. 2. Sebastian Ogier – M Sport Ford
  3. 3. Elfyn Evans – M Sport Ford

Kedudukan Pungutan Mata WRC 2018

  1. Sebastian Ogier – 204 Mata
  2. Thierry Neuville – 201 Mata
  3. Ott Tanak – 181

 

 

Google ads

B K

Back to top button