
TOYOTA LAND CRUISER 70 SOLD OUT SAMPAI TAHUN 2024 DI AUSTRALIA
Toyota Land Cruiser Series 70 merupakan antara model ‘otai’ yang masih bertapak dalam pasaran Australia sehingga hari ini.
Bahkan, jentera off-road berkenaan masih mencatat jualan memberangsangkan selepas 38 tahun diperkenalkan di pasaran.

Permintaan tinggi telah menyaksikan model itu memiliki senarai menunggu cukup lama bagi memastikan Toyota sibuk selama lebih dua tahun.
Menurut majalah Drive, pengedar tempatan telah melakukan anggaran berdasarkan kadar pengeluaran dan unjuran semasa sekali gus mendakwa pesanan sedia ada akan dipenuhi sehingga tahun 2024.

Model itu bakal menyambut ulang tahun ke-40 pada 2024 dan merupakan tahun tempahan dipenuhi di negara Australia.
Land Cruiser Series 70 dijual pada harga AUD$100,000 (RM306,935) dengan Series 300 terbaharu ditawarkan pada harga bermula AUD$150,000 (RM460,402).

Toyota Australia masih menjual versi SUV J70 yang mendapat khidmat enjin V8 4.5 liter. –motor1
- BACA: TERLAJAK LARIS, PEMBELI TOYOTA LAND CRUISER 300 KENA TUNGGU SEHINGGA 4 TAHUN
- BACA: GREAT WALL DEDAH LAKARAN TANK 600. 349HP, NAK LAWAN TOYOTA LAND CRUISER PRADO
- BACA: POLIS DUBAI DAN ABU DHABI BELI TOYOTA LAND CRUISER 300 PULA
- BACA: HANYA 1 UNIT TOYOTA LAND CRUISER DIJUAL PADA ’58, SEKARANG JADI LEGENDA