Pandu Uji

AUDI R8 2013

Pengimport rasmi kenderaan Audi di Malaysia, Euromobil Sdn. Bhd. (Euromobil) semalam mengumumkan ketibaan jentera berprestasi tinggi, Audi R8 yang telah ditambah baik.

R8120018_large

Model yang dilengkapi dengan enjin V10 itu mengaplikasikan transmisi sport klac berkembar S tronic. Harga yang ditawarkan oleh Euromobil bermula dari RM1.25 juta seunit (di atas jalan).

R8120017_large

Pemanduan Audi R8 pasti berbeza menerusi kotak gear tujuh kelajuan baharu yang menggantikan transmisi manual automatik R tronic sebelum ini. Transmisi S tronic dikatakan mampu menawarkan penukaran gear yang sangat pantas.

R8120051_large

Kotak gear itu mempunyai sports mode yang mengubah suai corak penukaran gear untuk mengekstrak kuasa daripada enin V10 dengan sebaiknya. Ia juga disertakan bersama fungsi kawalan pelancaran yang mengawal kelajuan enjin dan membenarkan tahap gelinciran tayar pada tahap tertentu sahaja ketika memecut.

R8120053_large

Jentera itu menggunakan khidmat enjin sepuluh silinder aspirasi biasa (naturally aspirated, NA) FSI yang dibina dengan tangan. Apabila dipadankan dengan kotak gear S tronic, ia hanya mengeluarkan emisi 22 gram bagi setiap kilometer (km).

R8120019_large

Enjin V10 itu kompak, lebih ringan dan menampilkan sistem pelinciran dry-sump yang diinspirasikan daripada kereta lumba. Ciri-ciri tersebut membolehkan kedudukannya direndahkan untuk pengendalian yang optimum.

R8120086_large

Enjin bersesaran 5.liter itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 525hp @ 8,000rpm dan tork puncak 530Nm @ 6,500rpm. Dari segi penggunaan minyak, ia hanya memerlukan 13.1 liter untuk setiap 100km. Prestasinya? Ia mampu memecut dari 0 hingga km/j dalam tempoh cuma 3.6 saat dengan kelajuan maksimum 314km/j. Gila la laju!

R8120083_large

Prestasi tersebut banyak disumbang oleh reka bentuk tubuhnya yang sangat ringan. Badan coupe aluminium dengan Audi Space Frame (ASF) itu hanya seberat 210 kilogram.

R8120081_large

Audi R8 tahun 2013 turut mengalami penambahbaikan dari segi gayaan luarannya. Selain bampar hadapan dan lampu LED baharu, penampilan diserlahkan menerusi rim sepuluh jejeari dengan motif huruf ‘Y’ bersaiz 19 inci.

R8120092_large

Menyentuh tentang bahagian dalaman pula, lambang R8 telah diletakkan di beberapa lokasi seperti pada tombol gear, kemasan pintu, kluster instrumen dan monitor.  Ruang konsol tengah dihuni oleh butang kawalan sistem radio dan navigasi.

R8120096_large

Demi memuaskan halwa telinga pemiliknya, Audi R8 2013 menggunakan sistem bunyi jenama Bang & Olufsen. Ia hadir bersama sepuluh saluran amplifier berkuasa 465 watt.

R8120061_large

Euromobil menawarkan Audi R8 2013 menerusi tiga warna solid iaitu putih, merah dan hitam bersama lima pilihan kesan cat mutiara. Jentera itu didatangkan dengan jaminan selama empat tahun atau perbatuan sejauh 120,000km (mana-mana tiba dahulu).

[hr] Galeri

AU013064R8120016_largeR8120046_largeR8120048_largeR8120050_largeR8120054_largeR8120052_largeR8120051_largeR8120077_largeR8120076_largeR8120097_large05 V10 Coupe vorne

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button