Buletin

BANJIR: PROGRAM GOCAR GARAGE TAWAR DISKAUN ALAT GANTI DAN BURUH SEHINGGA 25%. GOCAR SHARE PERCUMA SELAMA 14 HARI

GoCar Malaysia mengumumkan program bantuan banjir GoCar Garage dan GoCar Share kepada mereka terjejas akibat banjir.

Program GoCar Garage yang bermula kini dan akan berakhir pada 31 Januari tahun depan menawarkan bantuan tambahan penyelenggaraan kenderaan dengan diskaun sebanyak 25 peratus alat ganti dan buruh.

Selain itu, GoCar turut menawarkan perkhidmatan GoCar Share secara percuma sehingga 14 hari ketika kenderaan para pelanggan diselenggara di pusat servis.

Bagi yang memerlukan kenderaan untuk tempoh lebih lama, boleh memilih langganan GoCar Subs dengan penjimatan 50 peratus.

Kedua-dua pilihan adalah tertakluk kepada kebolehsediaan dan hanya terpakai kepada pelanggan mendaftar dalam Program Bantuan Banjir GoCar.

Kenderaan-kenderaan yang disediakan termasuk trak pikap dan hanya terpakai di Pusat Servis Petaling Jaya GoCar Garage.

GoCar juga akan membantu jika kenderaan perlu ditunda memasuki bengkel.

Pengguna Maybank pula boleh memanfaatkan Pelan Pembayaran Maybank Ezy untuk membantu meringankan beban kewangan berikutan akan memenuhi bayaran secara ansuran bulanan untuk perkhidmatan penyelenggaraan.

Dalam pada itu, GoCar Garage menyediakan struktur harga yang telus dan sebut harga untuk pra-lulus kepada pelanggan sebelum memulakan sebarang penyelenggaraan.

CEO GoCar Malaysia, Wong Hoe Mun berharap program bantuan banjir itu dapat membantu para pelanggan dan mereka memerlukan untuk mendapatkan khidmat penyelenggaraan berkualiti apatah lagi selepas berdepan banjir dan kesan pandemik.

“Para pelanggan GoCar Garage juga boleh yakin dengan perkhidmatan terbaik peringkat OEM dan juruteknilk terlatih,” ujarnya.

Untuk membuat tempahan janji temu servis, boleh memuat turun aplikasi mudah alih GoCar. Keterangan lanjut kempen boleh menghubungi 1-300-30-2633 atau layari https://hi.gocar.my

Google ads
Back to top button