
RASMI: HONDA FORZA NSS250 2025 KINI DI MALAYSIA – RM25,888
Honda Forza NSS250 yang menerima beberapa peningkatan bagi tahun 2025 dengan rasminya telah mendarat di Malaysia dengan harga jualan RM25,888.

Model keluaran 2025 itu kini dinaik taraf dengan panel meter TFT 5-inci dengan fungsi Honda RoadSync sekaligus menawarkan kemudahan ekstra terutamanya mengakses sistem navigasi, menjawab panggilan telefon dan muzik.

Selain itu, Forza NSS250 baharu ini masih lagi mengekalkan perincian sama seperti model sebelumnya termasuk:
- penghadang angin elektronik
- pencahayaan LED penuh
- Smart Key (keyless)
- fork teleskopik 33mm
- penyerap hentak berkembar
- rim 15-inci depan, 14-inci belakang
Dalam pada itu, ciri keselamatan seperti HSTC (Honda Selectable Torque Control), ESS (Emergency Stop Signal) dan ABS masih lagi ditawarkan secara standard. Ruang letak barang bawah tempat duduk juga boleh memuatkan sebuah helmet serta baju hujan.





Bagi pasaran Malaysia, Forza NSS250 hadir dengan lima warna pilihan; Pearl Smoky Grey, Matte Gun Powder Black Metallic, Candy Rosy Red, Pearl Jubilee White dan Pearl Shining Black.