Motosikal

BASIKAL BUGATTI, £39,000 (RM215,000) SEUNIT – MEMANG ARWAH BETUL HARGA DIA

Kalau dah nama Bugatti, tak mahal memang tak sah. Kali ini, pengeluar jentera hypercar itu mempunyai produk baharu untuk golongan hartawan yang mahukan prestij, walaupun ketika menunggang basikal.

Bugatti mendakwa basikal yang dibangunkan dengan pembuat basikal terkemuka PG itu adalah paling ringan di dunia, kurang 5kg. Berat itu yang menjadi sebab utama kenapa basikal tersebut ditawarkan pada harga cukup tinggi iaitu  £39,000 (RM215,000) seunit.

Basikal itu diperbuat daripada gentian karbon berkualiti paling tinggi pada hampir semua komponennya. Ia merangkumi kerangka, fork, rim, tempat duduk, tiang tempat duduk dan brek.

Bukan itu sahaja, bahagian hendalnya turut dipasang dengan penyerap hentak untuk meningkatkan tahap keselesaan. Sementara bahagian silang kerangkanya telah dioptimumkan agar lebih aerodinamik.

Dihasilkan di Jerman, hanya 667 unit akan ditawarkan kepada pelanggan. Basikal itu boleh diubah suai mengikut citarasa pelanggan dan kena dengan Bugatti mereka menggunakan cat khas, pilihan warna karbon dan kulit berkualiti tinggi. Semua itu boleh dipesan di bilik pameran PG Bugatti di Weinstadt, Jerman.

“Kami mempunyai visi untuk menghasilkan basikal yang setaraf dengan kereta Bugatti dari segi reka bentuk, kerja tangan dan prestasi. Sebab itulah kami gembira kerana Bugatti menyokong visi ini. Kami juga berbesar hati dapat menggunakan jenama Bugatti pada produk PG,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif PG, Manuel Ostner.

Untuk kebanyakan rakyat Malaysia, harga tersebut sudah membolehkan kita membeli banyak kereta idaman. Tetapi buat pemilik Bugatti, harga itu mungkin hanya cukup untuk menukar tayar atau minyak hitam Veyron sahaja.

BACA: 250 UNIT CHIRON SUDAH DITEMPAH –  PELANGGAN BAYAR RM11 JUTA WALAUPUN TANPA PANDU UJI

Google ads
Back to top button