
BOLEHKAH KITA MENGECAJ KERETA ELEKTRIK KETIKA RIBUT PETIR?
Kejadian ribut petir yang melanda Litar Mandalika ketika Moto GP baru baru ini membuktikan khidmat pawang hujan lantikan pihak litar adalah mengarut dan tahyul. Sudah la upacara yang dibuat adalah tahyul, litar pula dipanah petir.
Tapi hari ini kita hendak mencari jawapan pada satu persoalan ringkas, “bolehkah kereta elektrik dicaj ketika ribut petir?” Kilat merupakan satu fenomena alam semulajadi berlaku apabila nyahcas elektrik statik berlaku di ruang atmosfera terutama ketika ribut petir berlaku.
Ketika kilat berlaku, ia mampu bergerak selaju 60,000 m/s dengan suhu mencapai 30,000 darjah celcius menuju ke permukaan bumi atau jika tidak bernasib baik ia akan menyambar bangunan tinggi, pokok, kapal terbang, kereta, rumah atau apa sahaja yang berada di dalam laluannya
Bagi rumah kediaman atau bangunan, kita akan dilindungi oleh 3 komponen utama ketika kilat menyambar rumah kita iaitu terminal udara, konduktor dan juga rod pembumian. Jika kilat menyambar rumah kita, kilat akan menyambar terminal udara, dialirkan melalui konduktor dan dihantar ke dalam tanah dengan rod pembumian
Bagi komponen elektrik atau elektronik yang sensitif pula, ia akan dilindungi satu peranti yang dinamakan sebagai lightning arrester terutama pada alat-alat komunikasi. Alat ini menggunakan terminal voltan tinggi dan terminal pembumian. Apabila ia mengesan lonjakan voltan, arus akan dialirkan menjauhi alat elektronik terus ke wayar pembumian

Jadi berbalik semula kepada soalan di atas, bolehkah kita mengecaj kereta elektrik ketika ribut petir? Ini kerana walaupun rumah kita dilindungi oleh sistem perlindungan kilat, masih wujud risiko yang lonjakan voltan elektrik daripada kilat masuk ke dalam sistem pendawaian elektrik dan merosakkan kereta elektrik.
Sebenarnya ada 2 jawapan bagi masalah ini, TIDAK BOLEH dan BOLEH caj ketika ribut petir sedang melanda.
1. TIDAK BOLEH – penulis telah merujuk kepada laman web rasmi Volvo luar negara. Bagi model PHEV T8 Twin engine seperti XC40, XC60 dan V60, Volvo memberi amaran agar tidak mengecaj kenderaan mereka dengan amaran “Never connect the charging cable when there is a risk of thunderstorm or lightning strike“.
Bagi model Volvo XC40 Pure iaitu kenderaan EV sepenuhnya, Volvo juga menegaskan EV ini tidak boleh dicaj sekiranya ribut petir sedang melanda rumah anda. OK, sila ambil perhatian bahawa kedua-dua situasi di atas ini tidak dibenarkan oleh Volvo sekiranya anda mengecaj dengan menggunakan soket 3 pin 230 Volt yang biasa digunakan di rumah kediaman, bukan pengecaj khas EV.

2. BOLEH – laman web Hyundai Europe meletakkan kenyataan berikut:
“The charging connections are designed in such a way that electricity only flows when the contact between the plug and the car is securely closed and no water can be detected. You should not hold the plug in the rain for too long: If it gets too wet, you will not get anything – not a shock, but no electricity, either. You can also drive through puddles or into the car wash without hesitation. All components of your electric car are well protected against the penetration of moisture. And during a thunderstorm, your electric car is protected like any other, thanks to the Faraday cage.”
Faraday Cage merupakan satu fenomena yang menerangkan keadaan dimana metal container (seperti kerangka kereta) berupaya menghalang medan elektrik. Apabila voltan elektrik melalui kereta, ia akan mengalirkan voltan elektrik dan membumikannya melalui tayar. dan mampu bertahan sehingga 1 juta volt secara purata.
Jadi jika anda mengecaj kereta elektrik anda di dalam bangunan besar, yang memiliki perlindungan kilat yang bagus daripada rumah kediaman atau di Charging Station, maka anda tidak perlu risau kerana anda menggunakan kemudahan pengecaj EV yang dikhaskan, bukan menggunakan plug 3 pin seperti di rumah

Tapi bagaimana pula dengan Wall Connector yang dipasang khas di rumah untuk mengecaj kereta elektrik anda? Carian penulis mendapati seorang pengguna tegar Tesla menyarankan agar anda menghentikan proses pengecasan apabila ribut kilat melanda, sebagai langkah berjaga-jaga tambahan.
Jadi apa pendapat anda? Adakah selamat mengecaj kereta elektrik ketika ribut kilat sedang berlaku? Letakkan pendapat anda di ruangan komen.









