Artikel Pilihan

DALAMAN BMW BAHARU AKAN DIHASILKAN DARI PUKAT IKAN – MACANG NOK GI KE LAUT NI BOH

BMW telah memperkenalkan i Vision Circular Concept sebelum ini untuk menunjukkan kepada dunia kereta yang akan dihasilkan menggunakan bahan kitar semula 100 peratus. Menariknya kita tak payah tunggu sehingga dua puluh tahun akan datang kerana proses tersebut sudah pun bermula.

Beberapa hari lepas BMW telah mengumumkan yang mereka akan menghasilkan bahagian dalaman yang lebih mesra alam untuk kedua model keluaran BMW dan Mini bermula seawall 2023 untuk mengurangkan pelepasan gas CO2. Awal tahun ini juga mereka mengumumkan yang pengeluaran rim aluminium mereka akan menggunakan tenaga yang lebih hijau menjelang 2024.

Fasa hijau seterusnya akan menyaksikan model-model Neue Klasse mereka akan menggunakan material plastik yang mengandungi 30 peratus tali dan pukat perikanan kitar semula menjelang tahun 2025.

Penggunaan bahan buangan plasti dari industri maritime akan membantu BMW menjimatkan sumber dan sekaligus mengurangkan pelepasan CO2. Ini juga diharapkan akan mengurangkan penggunaan plastik berasaskan petroleum sekaligus mengurangkan pencemaran lautan. Punyalah jauh mereka mereka berfikir? Kita? Sikit-sikit cerita pilihan raya.

Pada masa sekarang, BMW menggunakan bahan buangan nilon yang diambil dari pukat ikan terpakai selain plastik pelapik lantai lama dan bahan buangan dari kilang plastic yang kemudiannya diproses menjadi benang sintetik yang dinamakan Econyl. Material ini telah pun digunakan untuk menghasilkan pelapik kaki untuk model elektrik BMW, iX SUV dan X1 crossover.

Selepas ini komponen lain turut dihasilkan daripada Econyl ini tidak kira sama ada ia komponen yang boleh dilihat mahupun yang tersembunyi. BMW Group juga berharap peratusan penggunaan plastik kitar semula ini akan dapat ditingkatkan ke 40 peratus menjelang tahun 2030.

Untuk pengetahuan anda semua, model-model BMW Nueu Klasse akan mula ditunjukkan kepada umum pada International Motor Show (IAA) di Jerman tahun depan. Harap-harap boleh pergi ke sana tahun depan. Dah lama tak travel jauh-jauh ni.

Google ads
Back to top button