Motosikal

QUARTARARO TAYANG DADA KETIKA PERLUMBAAN. PENALTI 3 SAAT

Fabio Quartararo mengakui tidak mengetahui bagaimana sut perlumbaannya secara tiba-tiba tertanggal ketika ber­saing merebut kemenangan pada baki lima pusingan di Grand Prix (GP) Barcelona.

Pelumba Yamaha tersebut dilihat membuang pelindung dadanya dan cuba menarik zip sut yang terbuka itu.

Bagaimanapun, dia gagal berbuat demikian sehingga dilihat mengganggu tunggangannya.

Biarpun, berjaya menamatkan saingan pada kedududkan keeempat, Quartararo terpaksa berpuas hati menghuni tangga keenam selepas dikenakan penalti tiga saat kerana tindakan bahaya tersebut.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku kerana secara tiba-tiba sut perlumbaan terbuka sendiri pada baki lima pusingan terakhir.

“Saya cuba menutup semula sut, namun gagal melakukannya dan sukar untuk me­nunggang jentera dalam keadaan tersebut.

“Saya akui sangat kecewa dengan insiden ini.

“Apa pun saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membuat aduan untuk saya menerima hukuman ini walaupun saya tidak membahayakan sesiapapun,” kata Quartararo.

Dalam pada itu, bekas pelumba MotoGP, Casey Stoner berpendapat tindakan Quartararo dianggap bahaya dan sepatutnya bendera hitam dikibarkan, malah pelumba Yamaha itu perlu segera keluar dari saingan tersebut.

“Sengaja atau tidak, bendera hitam patut dikibarkan kepada Quartararo di mana anda tidak diizinkan untuk berlumba dengan kelajuan 350 kilometer sejam dengan keadaan sut perlindu­ngan terbuka,” katanya menerusi ciapan di Twitter. -agensi

Google ads
Back to top button