Motosikal

DUCATI RED CHRISTMAS – MULTISTRADA 950 KINI HANYA RM76K!

Berita baik untuk peminat Ducati kerana Ducati Malaysia kini menawarkan rebat sehingga 80 peratus sepanjang promosi akhir tahun istimewa – Ducati Red Christmas.

Mulai sekarang hingga 31 Disember, pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000 ke atas motosikal terpilih Ducati. Eksklusif buat pelanggan Ducati PJ, Multistrada 950 kini hanya berharga RM76,000 dan hadir bersama Touring Pack percuma.

Bermula RM115,000 seunit, anda boleh memiliki sebuah Diavel Diesel yang lengkap bersama pakej ekzos lengkap Termignoni.

Ducati Malaysia juga menawarkan diskaun sehingga 70 peratus ke atas pakaian Ducati dan Scrambler 2Januari di kedai barangan rasmi Ducati di Ducati PJ.

Bagi meraikan musim perayaan ini, pelanggan boleh menghadiahkan mereka yang tersayang dengan set hadiah barangan Ducati.

Bukan itu sahaja, peminat Ducati boleh menyambut ketibaan tahun baru dengan alat ganti prestasi dan aksesori Ducati. Diskaun sehingga 80 peratus di semua pengedar di seluruh negara bermula 10 Disember 2018 sehingga 13 Januari 2019.

Pelanggan juga akan menerima rebat sebanyak 25 peratus untuk alat ganti servis Desmo sebagai sebahagian daripada program pra-pembelian. Pelanggan yang berbelanja minimum RM600 dalam satu resit akan membawa pulang sehelai kemeja-t Ducati bernilai RM250.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu daripada pemilik dan peminat Ducati, Ducati Malaysia akan menyediakan pemeriksaan 15 poin secara percuma di Ducati Service Clinic Ducati Malaysia, Next Bike Sdn. Bhd., Lot 1, Jalan 51A/221, 46100 Petaling Jaya, Selangor bermula 21 – 23 Disember.

Servis ini terbuka kepada semua model Ducati sama ada dibeli daripada pengimport rasmi mahupun grey import.

Google ads
Back to top button