Buletin

JERIJI RADIATOR LEXUS LS INI AMBIL MASA 3 TAHUN UNTUK DISIAPKAN

Jika ada satu model penting bagi LEXUS maka ia adalah LS. Ia merupakan model pertama yang meletakkan Toyota sebaris dengan Mercedes dan BMW pada awal 90-an. Lexus LS juga mengejutkan pembuat kereta Eropah bahawa mereka berupaya bersaing dalam segmen sedan penuh mewah.

Ia kereta yang popular di Amerika Syarikat. Apabila Lexus hendak bersaing dengan BMW 7 series dan Mercedes S Class, mereka perlu memikirkan teknologi yang terbaik atau paling baik yang mereka ada. Ia buakn lagi kompromi.

BACA: LEXUS COUPE LC500

BACA: UMW PANGGIL SEMULA LEXUS DAN PRIUS

Ini adalah model gantian LS tebaru yang akan dipasarkan pada tahun hadapan. Ketua rekabentuknya, Koichi Suga mengakui sudah lewat dari jadual. Mereka belum menggantikan LS yang sudah 11 tahun dalam pasaran.

Cabarannya? Menghasilan flagship yang perlu kekal laris di pasaran. Setiap inci bahagian kereta inci dihasilkan oleh pasukan terbaik Lexus. Ia perlu jadi yang paling hebat dan tak hairanlah bahagian jeriji hadapan itu sahaja mengalami perubahan rekabentuk yang memakan masa yang sangat lama.

Grill itu mengambil masa tiga tahun setengah untuk diluluskan setelah beberapa penyesuaian dilakukan. Rekabentuk asalnya diambil daripada model LX dengan bar melintang yang diadaptasi dengan bahasa rekabentuk LS yang super mewah.

CEO Toyota, Akio Toyoda sendiri terlibat dalam proses rekabentuk sehinggalah produksi akhir. Beliau mahu kereta ini lahir sebagai objek seni yang terbaik dalam rangkaian Lexus.

Sumber

Carbuzz.com

 

Google ads
Back to top button