Motosikal

DUCATI SUPERSPORT – MOTOSIKAL PALING CANTIK EICMA 2016

Ketika edisi ke-74 EICMA 2016 melabuhkan tirainya, Ducati SuperSport dipilih sebagai motosikal paling cantik dalam acara pameran motosikal tersebut. Keputusan itu diperoleh hasil kaji selidik “Undid an menang motosikal paling cantik” yang dianjurkan oleh majalah motosikal Itali, Motociclismo. Sudah memasuki edisi ke-12, kaji selidik itu telah memberi lapan anugerah kepada Ducati. ducati-supersport-eicma-2016-mekanika-1 Lebih 12,000 pengunjung memilih SuperSport, membolehkannya menduduki tempat pertama selepas menerima 13.2 peratus lebih banyak undi berbanding motosikal di tempat kedua. Ducati SuperSport direka untuk mereka yang mahukan sebuah jentera sports. Tetapi pada masa sama menawarkan tunggangan yang selesa dan mudah. Disifatkan sebagai motosikal yang versatil, ia dilengkapi Ducati Safety Pack (Bosch ABS + Ducati Traction Control). ducati-supersport-eicma-2016-mekanika-3 EICMA 2016: 1299 SUPERLEGGERA EICMA 2016: DUCATI MONSTER 797 EICMA 2016: DUCATI PROJECT 1408 Ducati SuperSport digerakkan oleh enjin dua silinder Testastretta yang mampu menjana kuasa 113hp. Terima kasih kepada tiga mode tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban, ia menawarkan keseronokan tunggangan yang maksimum. Ducati supersport (30) Lincah di laluan bandar, praktikal di lebuh raya dan efisien di jalan kampung, ia sememangnya sebuah jentera yang versatil. Posisi duduk yang selesa untuk penunggang dan pembonceng, rekaan aerodinamik dan tangki dengan kapasiti 16 liter membuatkan SuperSport sebuah motosikal yang ideal untuk perjalanan jarak sederhana. Turut ditawarkan ialah versi SuperSport S yang didatangkan dengan suspensi Öhlins boleh laras sepenuhnya, Ducati Quick Shift up/down dan pelapik tempat duduk pembonceng.

Google ads
Back to top button