Motosikal

HARLEY-DAVIDSON TAMPILKAN ENJIN MILWAUKEE-EIGHT V-TWIN

Harley-Davidson telah pun mendedahkan foto rangkaian model tahun 2017 sempena pelancaran enjin baharunya, Milwaukee-Eight V-twin.

batch_Harley-Davidson-Milwaukee-Eight-engine

Enjin tersebut dikatakan sebagai yang paling berkuasa setakat ini. Ia merupakan enjin dua silinder yang ke-9 dalam sejarah Harley-Davidson.

Milwaukee-Eight mengekalkan penampilan, bunyi dan rasa enjin klasik Harley Big Twin. Enjin itu didakwa mampu menawarkan lebih kuasa dan tork. Malah kepala silinder empat injap itu memberikan 50 peratus lebih pengambilan serta kapasiti aliran ekzos.

Di sebalik peningkatan kuasa, enjin itu dijangka lebih jimat berbanding model-model sebelumnya. Ia juga lebih senyap dan kurag getaran.

batch_Harley-Davidson-FLHTKSE

Enjin ini hadir dalam dua sesaran dan tiga varian. Milwaukee-Eight 107 (1,745cc) atau Twin-Cooled 107 untuk model standard seperti Street Glide dan Ultra Classic. Manakala enjin berkapasiti lebih besar, Twin-Cooled Milwaukee-Eight 114 (1870cc) khas buat pelanggan CVO.

Antara model yang akan menerima enjin baharu ini termasuklah CVO Limited,

CVO Pro Street Breakout, CVO Street Glide, Road Glide Special, Road Glide Ultra, Road King, Road King Classic, Street Glide Special, Trike, Ultra Limited dan Ultra Limited Low.

batch_Harley-Davidson-Street-Glide-Special

Selain enjin, Harley-Davidson juga memberitahu bahawa ia telah menyemak semula sistem suspensi hadapan dan belakang jentera keluarannya.

“Pra-bebanan kini sudah boleh dibuat untuk dipadankan dengan berat penunggang, pembonceng dan barangan yang mereka bawa tanpa perlu menggunakan peralatan atau pam udara.

“Sebaik sahaja ditala, pra bebanan ini tidak akan bocor atau memerlukan talaan seterusnya,” kata Pengarah Perancangan Produk Motosikal Harley-Davidson, Paul James.

Google ads
Back to top button