Buletin

FORD DEDAH SPESIFIKASI ENJIN V6 RANGER, 247 HP, 600 NM

Setelah beberapa bulan pelancaran, Ford akhirnya mendedahkan secara rasmi spesifikasi enjin yang bakal ditawarkan pada model-model Ranger.

Bergantung kepada pasaran, Ford Ranger 2022 boleh didapati dengan enjin 2.0 liter konfigurasi turbo tunggal dengan kuasa 168 hp dan daya kilas 405 Nm.

Versi enjin 2.0 liter turbo berkembar pula berupaya menghasilkan 207 hp dan daya kilas 500 Nm.

Ranger yang lebih berkuasa pula didatangkan dengan enjin 3.0 liter bentangan V6 turbo yang mampu menjana 247 kuasa kuda dan 600 Nm daya kilas!

Tidak kira apa jua enjin yang dibekalkan, kesemua unit tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik 10 nisbah kelajuan.

Dari segi keupayaan, Ford Ranger mampu membawa muatan seberat 1,327 kg dengan kemampuan untuk menunda beban seberat 3,500 kg, dibantu dengan sistem pacuan 4WD on-demand (2H, 4H, 4L, 4A), dan sehingga tujuh mod pemanduan bergantung kepada varian.

Sebagai perbandingan, versi tertinggi Ranger Raptor dikuasakan oleh enjin 3.0 liter V6 EcoBoost turbo berkembar yang mampu menghasilkan 392 hp dan 583 Nm.

Untuk pasaran Eropah di mana peraturan emisi lebih ketat, angka tersebut diturunkan kepada 288 hp dan 491 Nm.

Google ads
Back to top button