Pandu Uji

FORD MUSTANG SUDAH BOLEH DITEMPAH

Ford baru-baru ni mengumumkan pengambilan tempahan pra-pelancaran secara rasmi untuk Mustang baharu di Malaysia.

2015 Mustang Media Drive in L.A.

Mustang dijangka berada di semua bilik pameran Ford di seluruh negara pada Disember depan. Pelanggan boleh memilih varian fastback dengan enjin pengecas turbo 2.3 liter EcoBoost yang ditawarkan pada harga RM435,000-RM450,000 seunit.

Enjin 2.3 liter EcoBoost baharu yang mampu menjana kuasa mencecah 310 kuasa kuda itu direka khas untuk  Mustang. Ini demi memenuhi kehendak pemandu yang mahukan prestasi dan penjimatan bahan api luar biasa.

2015 Ford Mustang

“Model fastback dengan enjin 2.3 liter EcoBoost memang cukup sesuai untuk pasaran Malaysia. Ini kerana ia mampu menawarkan kuasa dan prestasi yang diharapkan oleh pemandu Mustang. Pada masa yang sama memenuhi keperluan semasa yang mementingkan penjimatan bahan api, bersama gaya yang sememangnya menarik perhatian sesiapa sahaja,” kata Pengarah Jualan dan Pemasaran Malaysia, Ford Motor Company, Veemala Rethinasamy.

2015 Mustang Media Drive in L.A.

Sementara versi fastback dengan enjin klasik  5.0 liter V8 pula berharga RM550,000-RM565,000 seunit. Enjin itu mampu menjana kuasa sehingga 435 kuasa kuda. Kedua-dua enjin tersebut dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan.

Kedua-dua varian Mustang didatangkan dalam enam warna menarik iaitu putih, hitam, biru, kelabu dan merah. Manakala warna kuning (Triple Yellow Tri-Coat) ditawarkan untuk varian 5.0 liter V8.

The All-New Ford Mustang

Dihasilkan di kilang pemasangan Flat Rock di Amerika Syarikat, Mustang generasi keenam ini menawarkan kawalan stereng yang lebih jitu dan pemanduan lebih selesa.

Mustang mengekalkan reka bentuk yang maskular dan moden dengan hud beralun yang panjang dan dek belakang pendek. Rekaan itu dikatakan lebih aerodinamik, sekali gus menambah baik aspek penjimatan bahan api dan prestasi.

2015-Ford-Mustang-mekanika (1)

Model ikonik itu turut menampilkan rangkaian teknologi yang mengagumkan. Justeru, ia dapat menawarkan pemandu dengan maklumat, kawalan dan ketersambungan yang lebih baik. Daripada sistem kemasukan pintar dengan butang penghidup enjin sehinggalah sistem ketersambungan SYNC2 Ford dan MyKey, para pemandu boleh memandu dengan yakin.

Mustang ialah salah satu kereta ikonik dunia. Malaysia merupakan antara pasaran pemanduan sebelah kanan yang terpilih untuk menerima model Mustang buat pertama kali sebagai sebahagian daripada ulang tahun ke-50 produksinya.  

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button