
LAMBRETTA X250 DAN G350 CKD KINI DI MALAYSIA – DARI RM22,800
Lambretta dengan rasminya melancarkan dua model baharu untuk pasaran tempatan menerusi X250 dan G350 dengan masing-masing dijual pada harga RM22,800 dan RM29,800.
Menariknya, kedua-dua X250 dan G350 dipasang sepenuhnya di Malaysia oleh Mofaz Motosikal Sdn Bhd (MOMOS).
Lambretta X250

Lambretta X250 dikuasakan enjin satu silinder 250cc 4-valve dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 24.8hp pada 8,250rpm dan 24.5Nm pada 6,250rpm.
Skuter ini mengguna pakai kerangka ‘semi-monocoque’ dengan komponen keluli yang dipadankan bersama penyerap hentak berkembar depan dan belakang. Selain itu, X250 ini turut menawarkan tangki berkapasiti 7L dan berat (kering) 165kg.

Antara ciri lain ditawarkan termasuk:
- ABS
- sistem smart key (tanpa kunci)
- pencahayaan LED penuh
- panel meter digital LCD
Lambretta G350

Lambretta G350 merupakan model perdana (flagship) yang ditawarkan untuk pasaran Malaysia.
Sebagai skuter berprestasi tinggi, G350 ini dipacu enjin satu silinder 330cc dengan sistem penyejukan cecair yang berupaya menjana 25.8hp pada 7,500rpm dan 25.5Nm pada 6,250rpm.

Berbanding X250, G350 menawarkan tangki bahan api lebih besar dengan 9.5L dan lebih berat dengan 173kg (kering).
Sementara itu, melengkapi ciri premium termasuk panel meter TFT, lampu LED penuh depan dan belakang serta pengecas USB yang terletak di bahagian ‘glove box’. ABS turut didatangkan secara standard.
Kedua-dua skuter ini sudah boleh didapati di semua rangkaian pengedar rasmi Lambretta seluruh negara.
GALERI: LAMBRETTA G350




















GALERI: LAMBRETTA X250













