Motosikal

GAIKINDO 2016: JENTERA URAL DARI RUSIA

Salah satu model yang saya tidak sangka akan terjumpa di acara Gaikindo 2016 ialah jentera ‘perang’ dari Rusia, URAL.URAL-Russia-Gaikindo-2016-mekanika7

Mula dijual di pasaran Indonesia mulai tahun ini, URAL didatangkan dalam empat varian berbeza iaitu cT, Gear-Up, Patrol dan M70. Ia dibezakan oleh aksesori yang digunakannya.

URAL menggunakan khidmat enjin OHV dua silinder empat lejang dengan sistem penyejukan cecair. Enjin boxer Rusia bersesaran 749cc itu mampu menjana kuasa mencecah 30.5kW dan tork 57.0Nm.

URAL-Russia-Gaikindo-2016-mekanika5

Kuasa enjin itu kemudian disalurkan ke roda belakang menerusi kotak gear manual empat kelajuan dan satu gear undur.

Dibawa terus dari Rusia, pengedarnya PT Hobby Motor Indonesia menyatakan perancangan untuk memasang URAL di republik tersebut pada tahun depan.

URAL-Russia-Gaikindo-2016-mekanika1

PT Hobby Motor juga mendedahkan bahawa ada syarikat di Malaysia sudah membawa masuk URAL. Tetapi kami gagal mendapat maklumat tepat mengenainya.

URAL yang memang mengambil inspirasi jentera perang dunia kedua itu didatangkan lengkap dengan sebuah sidecar. Lebih menarik lagi, pembeli boleh memilih tiga palet warna iaitu Uban Camo (kelabu), Woodland Camo (hijau) dan Asphalt (hitam).

URAL-Russia-Gaikindo-2016-mekanika4

URAL cT ditawarkan pada harga Rp345 juta (RM104,600) seunit. Manakala model M70, Gear-Up dan Patrol pula berharga Rp395 juta (RM119,800) seunit. Sempena Gaikindo 2016, PT Hobby Motor akan memberi diskaun sebanyak Rp20 juta (RM6,100).

URAL-Russia-Gaikindo-2016-mekanika2

Percaya atau tidak, setakat kami tanya tadi, seorang jurujualnya memberitahu sudah dua unit URAL sudah berjaya dijual. Memang rare kalau bawak tengah-tengah Jakarta!

Google ads
Back to top button