Artikel PilihanMotosikal

GENTLEMENT AGREEMENT 300KM/J – PAKATAN SULIT YANG TAK PERNAH DICERITAKAN

Jika anda cuba cari dan kaji motosikal produksi siapa yang paling laju, anda tak akan jumpa jawapan yang benar-benar tepat. Ia mungkin Ducati Panigale, ia mungkin Yamaha R1, BMW S1000RR, mungkin Kawasaki H2 atau mungkin MV Agusta F4.

Tapi kenapa?

GENTLEMENT AGREEMENT

Ia adalah perjanjian tak rasmi antara pengeluar motosikal pada penghujung 90-an yang jarang sekali dibincangkan. Walaupun menggunakan terma “agreement“, tiada siapa pun pernah melihat dan mendedahkan kandungan hitam putih perjanjian ini.

Ia kekal misteri dan tak pernah dibincangkan atau lebih teruk, ia sebenarnya perjanjian yang tidak pernah wujud pun.

Suzuki-Hayabusa-CKD -India-mekanika (3)

Segalanya bermula pada era 90-an ketika pengeluar cuba untuk menghasilkan produksi motosikal paling pantas di bumi. Suzuki mengeluarkan Hayabusa 1300 untuk menentang Honda Super Blackbird CBR1100XX.

Pada 1999, Hayabusa berjaya mencatat kelajuan terpantas 300km/j 10km lebih pantas dari Blackbird.

Perlumbaan kini berterusan dan semakin rancak. Sudah tentu pemain industri lain tidak mahu ketinggalan. The big 4 Jepun (Kawasaki, Suzuki, Yamaha dan Honda) mesti berada di hadapan sebelum musuh dari Itali (Ducati MV Agusta) dan Jerman (BMW Motorrad) memintas mereka.

Kerakusan pembuat motosikal ini menyebabkan timbulnya ketakutan dalam industri. Jadi berapa laju yang mahu mereka bina? 350km/j? 400km/j? Kelajuan cahaya? Lebih laju dari Demak Interchange?

KAWASAKI DENGAN SENJATA BARU

Ketika ini juga, Kawasaki sudah bersedia untuk melancarkan Ninja ZX12R mereka yang dikatakan akan melenyapkan rekod Hayabusa. Mereka mensasarkan kelajuan maksimum 322km/j. Gila laju siak!

Ahli politik dan penggubal undang-undang di sebelah Eropah khuatir dan melihat persaingan ini akan membahayakan pengguna.

Sudah mula kedengaran suara bahawa perlu undang-undang penetapan kelajuan maksimum motosikal. Dalam keadaan lebih tegas, sudah ada ura-ura mereka akan mengharamkan terus import masuk motosikal yang melebihi kelajuan maksimum 300km/j.

Khabar angin semakin bertiup kencang. Jika benar ia dilaksanakan, ia adalah berita buruk kepada pemain utama industri.

The big 4 sudah tentu khuatir akan menjejaskan reputasi mereka (dari segi teknologi dan moral). Mereka mungkin tidak dilihat sebagai pembuat motosikal berkuasa tinggi, tetapi mungkin dipandang sebagai pengedar senjata api yang berbahaya.

Oleh yang demikian, gergasi pengeluar motosikal ini bersepakat untuk menghadkan kelajuan motosikal produksi masing-masing (baca-produksi).

Mereka mengunci kelajuan pada 300km/j atau 186mp/h biar apa juga kuasa kuda yang mampu dihasilkan oleh jentera keluaran kilang.

Tak lama kemudian, kata sepakat dicapai, semua motosikal yang dihasilkan bermula tahun 2000 mesti menepati perjanjian ini.

mv-agusta-f4-rc-mekanika (8)

MV AGUSTA KELUAR PAKATAN

Pada 2007, MV Agusta melancarkan F4R 312 sekaligus menimbulkan tanda tanya terhadap kesepakatan Gentlement Agreement tadi.

Tanpa berselindung, MV Agusta mengiklankan motosikal mereka tanpa segan silu. “312” yang dimaksudkan itu ialah kelajuan tertingginya 312km/j.

Kau dahlah syarikat Itali, pakai metrik km/j pula tu. Memang nampak sengaja nak buat provokasi. (boleh dah kalau nak panggil tolol) patutlah syarikat asyik bangkrap.

Apa yang berlaku seterusnya menyebabkan pengeluar industri motosikal lain rasa tercabar. Namun untuk mengumumkan motosikal masing-masing lebih laju adalah perkara terakhir yang akan dilakukan.

Ia bukan sahaja tindakan bodoh, malah hanya akan membunyikan loceng amaran kepada pengamal undang-undang terhadap isu yang timbul pada penghujung 90-an tadi.

Jadi masing-masing buat senyap.

Pada 2010, BMW Motorrad melancarkan S1000RR, superbike paling berkuasa yang pernah dibina dengan stok kilang 299km/j. Berapa laju pun anda pecut, meternya akan termenung pada angka 299km/j.

Tetapi bagi banyak pemilik motosikal ini, mereka mendakwa masih ada momentum kelajuan selepas kelajuan ini. Ia bukanlah cut-off kelajuan, lebih kepada tetapan bacaan meter sahaja

Ducati panigale 1199 pula menggunakan pendekatan berbeza. Selepas 299km/j, meter bacaan kelajuan akan jadi gelap. Keadaannya, sama seperti BMW S1000RR tadi, selepas 299km/j dan meter terpadam, masih ada momentum kelajuan.

Kawasaki-H2R-400kmh-Turkey-mekanika (3)
Kenan Sofuoğlu’ mengejutkan dunia dengan catatan 400km/j Kawasaki H2R

Selepas lama membiarkan si Eropah bermain dengan angka-angka maksimum ini, Kawasaki mewakili adik-beradik Big 4 yang lain mengumumkan produksi H2 dan H2R supercharger.

Seperti yang kita tahu, H2R versi trek itu mampu mencatat kelajuan 400km/j seperti yang dilakukan oleh pelumba Turki tak lama dahulu.

Model jalanan H2, walaupun dikatakan memecut lebih tinggi dari S1000RR, Panigale 1199 dan F4R 312, kelajuan tertingginya tidak pernah diumumkan secara rasmi.

Kawasaki menghantar isyarat bahawa pemain Jepun boleh saja nak keluar dari pakatan tersebut tetapi mereka tak mahu.

Mereka mahu kekal dilihat sebagai pengeluar motosikal yang beretika. Mereka mahu dihormati sebagai penggerak inovasi teknologi.

Bukan pengeluar bom jangka.

Google ads
Back to top button