Artikel Pilihan

KISAH SEDIH PEMINAT KERETA, AWEK DAN CHEVY IMPALA – ISK ISK

Sekarang ni ramai yang masih dalm mood raya. Kat Malaysia ni pelik sikit, asal raya je mulalah keluar drama dan rancangan televisyen yang sedih-sedih. Meratap, meraung dan menangis sampai kering air mata ni macam dah jadi ramuan mana-mana penerbit drama raya kat Malaysia. Jadi kali ni kita cuba ketengahkan satu cerita sedih bertemakan kereta. Kalau tak rasa sedih sah korang bukan peminat kereta yang sejati.

Cerita ni pada awalnya ditulis oleh penulis asal di laman web Reddit dan kemudian mendapat komen balas ribuan pembaca yang bersimpati dengan mamat yang bernama Timothy ataupun Tim ni.

Kisah bermula bila sepasang merpati dua sejoli membuat keputusan untuk tinggal bersama dalam rumah yang dimiliki oelh mamat bernama Tim ni. Sebelum itu Tim telah membeli sebuah Chevy Impala tahun 1967 untuk projek restorasi dan telah membaraikannya di dalam garaj dan dalam proses untuk disiapkan. Alah kereta yang macam hero Supernatural pakai tu.

Dipendekkan cerita si minah awek Tim ni pun ada kereta dan mahukan ruang garaj untuk kereta beliau. Disebabkan projek restorasi belum selesai dan semua bahagian enjin, kotak gear dan lain-lain komponen dan dibuka, bukan senang nak alih semua tu. Jadi Tim menyarankan untuk aweknya letak je kereta kat mana-mana kawasan teduh dalam hartanah beliau seluas 2 ekar. Ye lah, kat AS tu bukannya hujan hari-hari pun.

Jadi pada satu masa Tim bekerja di luar kawasan dan kesempatan itu digunakan oleh si minah untuk memanggil pekerja pelupusan dan menghantar Chevy Impala tu ke scrapyard. Best tak ideanya? Ruang garaj digunakan untuk keretanya sendiri dan minah ni boleh pulak tersengih sepanjang hari bila Tim balik sehingga membuatkan beliau terasa pelik.

Tim melihat ke dalam garaj dan mendapati kereta projek restorasi beliau hasil segala pelaburan dan titik peluh beliau selama bertahun-tahun sudah tiada. Bengang dan terkilan Tim bertindak memutuskan perhubungan dengan awek beliau dan meminta beliau keluar dari rumah. Boleh pulak di bekas awek ni cakap Tim terlebih drama. Eh, mangkuk betul la.

Tim membuat laporan polis dan akan menyaman bekas awek beliau atas semua pelaburan. Yang bestnya famili dan rakan-rakan bekas awek menganggap Tim membesar-besarkan keadaan dan sebaiknya melupakan sahaja perkara itu. Ini mesti jenis beli kereta baharu loan 10 tahun asal boleh bergerak. Diorang mana faham jiwa orang gila kereta ni macam mana.

Dengar khabar Impala tersebut sudah ditemui pihak polis tetapi masih belum dipulangkan kepada Tim kerana siasatan belum selesai.

Moralnya kat sini kalau dah ada pasangan tu hargailah minat masing-masing janji minat tu tak melanggar peraturan ataupun undang-undang. Jangan pulak marah suami pergi konvoi, Cik Senah pergi toreh tayar motor cik abang. Tak baik tau. Suami pun kena pandai ambil hati isteri. Balik konvoi tu beli la mangga Siam dalam 5 kilo sebagai buah tangan, kan?

Google ads
Back to top button