Motosikal

HAFIZH MANFAATKAN KETIADAAN MORBIDELLI – RAIH 5 MATA SELEPAS CATAT TEMPAT KE-11 DI MOTOGP JERMAN

Pelumba MotoGp negara, Hafizh Syahrin mengubat kekecewaan di Litar Catalunya apabila memungut 5 mata di MotoGP Jerman, awal pagi tadi.

Hafizh yang memulakan saingan di petak ke-17 mempamerkan tunggangan konsisten untuk menamatkan perlumbaan di kedudulkan ke-11. Pencapaian itu membolehkan beliau merampas kembali kedudukan selaku pendahulu muka baharu MotoGP.

Takhta itu sebelum ini dipegang oleh pelumba pasukan EG 0,0 Marc VDS, Franco Morbidelli yang terlepas aksi di Litar Sachsenring akibat kecederaan tangan ketika berlumba di GP Belanda dua minggu lalu.

Beliau menerajui senarai pelumba rookie dengan 22 mata, berbanding 19 mata yang dipungut oleh Morbidelli.

Pelumba pasukan Monster Yamaha Tech 3 tersebut menamatkan perlumbaan dengan mencatat masa 41 minit 30.828 saat. Hafizh mengucapkan terima kasih kepada pasukan kerana melakukan pelarasan terbaik ke atas jenteranya.

“Saya berasa seperti berada pada tahap awal musim perlumbaan. Secara jujurnya, litar German ialah litar yang mencabar dan tricky. Walaupun ini merupakan pencapaian terbaik saya, saya cuba untuk bangkit kembali selepas beberapa pusingan yang sangat mencabar.

“Saya akan cuba yang terbaik untuk meningkatkan tahap kecergasan. Selain lebih fokus bagi mencapai impian bergelar rookie of the year,” kata Hafizh, optimis.

Pelumba pasukan LCR Honda IDEMITSU, Takaaki Nakagami terpaksa berpuas hati di tempat ketiga selepas gagal menamatkan perlumbaan kerana terjatuh di pusingan keempat. Nakagami setakat ini sudah mengumpul 10 mata.

kredit foto: motogp.com

Google ads
Back to top button