Motosikal

HAFIZH SYARIN BELUM DAPAT PENAJA UTAMA. BAKAL BERLUMBA TANPA GAJI PADA MUSIM 2020

Pelumba MotoGP negara, Hafizh Syarin mengakui masih belum mendapat penaja utama ketika tempoh untuk sesi ujian di Litar Sepang semakin hampir. 

Memetik laporan Harian Metro, Hafizh memberitahu dia masih lagi menunggu jawapan daripada beberapa pihak. “Buat masa sekarang, memang saya belum ada penaja utama yang sedia menaja untuk musim baru,” kata Hafizh. 

Biarpun begitu, dia berjanji akan terus fokus, bekerja keras dan berlumba seperti biasa. Dengan ketiadaan penaja utama, ini bermakna Hafiz akan berlumba tanpa gaji sepanjang musim 2020. 

Pelumba berusia 25 tahun itu menyatakan dia tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. Sebaliknya mahu membuat persiapan terbaik terutama untuk sesi ujian rasmi bulan depan. 

“Saya sentiasa percaya pada rezeki. Jika ada rezeki, alhamdulillah. Kalau tidak ada, ini bermakna saya perlu berusaha lebih lagi. Jadi, sama-sama kila lihat apa yang boleh saya lakukan untuk musim 2020 ini,” katanya optimis.   

Hafizh yang disingkirkan daripada pasukan KTM Tech3 tahun lalu akan memulakan tugas sebagai pelumba pasukan Angel Nieto dalam kelas Moto2 bermula musim perlumbaan 2020.

Selepas berada dua musim di dalam saingan kelas premier, pengalaman Hafizh ditagih untuk membawa pasukan barunya itu mencatat kedudukan lebih baik.

Google ads
Back to top button