Motosikal

HAFIZH SYAHRIN KE ASPAR RACING TEAM TAHUN DEPAN. PASUKAN TUKAR NAMA DARIPADA ANGEL NIETO

Aspar Racing Team akan kembali bersaing dalam musim 2020 apabila pasukan itu menggunakan nama asalnya, pada masa yang sama mengekalkan kerjasama rapat dengan Angel Nieto menerusi Yayasan Angel Nieto. 

Berikutan kematian juara dunia 13 kali Angel Nieto dua tahun lalu, pelumba Jorge Martinez yang juga pengasas Aspar Racing Team menukar nama pasukannya kepada Angel Nieto pada tahun 2018. Ia bagi mengingati rakan baiknya itu. 

Biarpun begitu, Martinez mahu menggunakan nama Aspar Racing bagi musim 2020. Martinez yang merupakan penaung Yayasan Angel Nieto dan logonya akan dilekatkan pada jentera 2020 Aspar. Aspar dilapor akan bersaing dalam kelas Moto2, Moto3 dan MotoE. 

Pasukan itu juga akan meneruskan saingan di pentas antarabangsa seperti kejohanan dunia FIM CEV Moto3, European Talent Cup dan Red Bull Rookies Cup. 

“Membawa nama Angel Nieto di litar sememangnya satu penghormatan yang besar. Kami telah mendedikasikan nama beliau selama dua tahun dan membawanya ke podium sebanyak tiga kali. Saya akan sentiasa berterima kasih kepada Angel Nieto dan keluarga. 

“Kami gembira kerana dapay memberi sokongan terbaik peada sukan perlumbaan motosikal dan terus membawa pelumba muda menyertai kejohanan dunia, mencapai keputusan hebat, sama seperti Angel Nieto. 

Bagi musim 2020, pelumba negara, Hafizh Syahrin dan Aron Canet menggalas tanggungjawab sebagai pelumba utama Aspar.

Mereka akan menggunakan chasis Speed UP kerana KTM menarik diri daripada kelas pertengahan. Manakala Albert Arenas dan Stefano Nepa untuk Moto3.  

Google ads
Back to top button