Buletin

HAKIKAT PASARAN CHINA, KUASAI INDUSTRI AUTOMOTIF DENGAN LEBIH 100 JENAMA

Sejurus krisis kewangan 2008-2011 serta kemelesetan ekonomi Eropah antara 2010-2013, telah memberi kesan besar kepada industri automotif apabila sejumlah besar jenama gulung tikar.

Krisis ini memberi kesan langsung kepada jualan selain, menjadikan pasaran lebih kecil dari segi volum.

Melihat pada pertumbuhan perlahan dari akhir 1990-an dan awal 2000-an, banyak pembuat kereta terpaksa menyingkirkan jenama kereta mereka.

General Motors mungkin pengeluar berada di situasi paling sukar. Pada akhir 1990-an, General Motors mempunyai sembilan jenama berbeza namun kini, mereka hanya memiliki empat jenama untuk dipertaruhkan di pasaran.  

Chrysler dan Ford juga menggugurkan beberapa jenama mereka dalam tempoh 20 tahun yang lalu termasuk Plymouth, Eagle, serta Mercury.  

Di Eropah pula, jenama seperti Rover dan Saab telah lama hilang, manakala jenama lain seperti Lancia hanya memiliki satu model.

Walau bagaimanapun, ia berbeza bagi pasaran China. Di awal abad ini, pasaran China menampilkan kira-kira 25 jenama.

China menjadi tempat selamat bukan sahaja pengeluar domestik tetapi juga untuk jenama Barat yang bergelut dengan krisis ekonomi. Sehingga 2008, industri automotif China adalah pasaran terbesar di dunia dari segi pengeluaran kereta.

Untuk rekod, antara 2011 dan 2015, sejumlah 12 jenama baharu memasuki pasaran tempatan iaitu Maxus, Beijing Auto, VGV, Haval, Xpeng, Nio, Cowin (kini Kaiyi), Hozon, Leap Motor, Weltmeister, Enovate serta Li Auto.

Ketibaan kenderaan elektrik serta sokongan dari kerajaan pusat memastikan kemunculan lebih banyak jenama. Melihat data terkini, terdapat 50 syarikat kereta baharu di rantau ini, membolehkan pengguna China memilih daripada sejumlah 99 jenama berbeza.

Di China, kira-kira 25 juta unit berjaya dijual setiap tahun. Tahun lepas ia menyumbang hampir 32 peratus daripada jualan kereta global, atau setara dengan penghantaran gabungan A.S, India, Jepun dan Jerman.

Meskipun tidak semua jenama berjaya bertahan namun permintaan masih lagi berada di tahap tertinggi ditambah pula dengan sokongan kerajaan adalah senario yang sempurna untuk pengenalan jenama baharu.

Maka dengan itu, pengeluar dari Eropah, A.S, Jepun atau Korea tidak boleh lagi bersandarkan sejarah lampau. Hakikatnya, dalam tempoh lapan tahun, hanya beberapa jenama diperkenalkan atau dihidupkan semula iaitu Alpine, Polestar, Cupra, Jetta, Genesis, RAM dan DS.

Google ads
Back to top button