Artikel Pilihan

HIMPUNAN KERETA YANG BUATKAN ANDA FIKIR – KENAPA ADA ORANG SANGGUP BELI?

Kadang-kadang mesti kita terjumpa kereta-kereta pelik yang akan membuatkan hati kita bertanya sendiri, “Kenapa ada orang beli kereta macam tu?” Ada juga model yang akan membuatkan kita berkata sendiri, “Apa buruk sangat kereta ni? Pereka diorang design kereta pakai kaki je ke?” Tapi itulah, kecantikan ni memang sangat subjektif dan bergantung kepada mereka yang melihatnya. Ini ada antara beberapa kereta yang dikatakan cukup untuk membuatkan anda menyesal memandangnya.

Ford Taurus 1996-99

Dekad 90-an menyaksikan kebangkitan kesedaran tentang pentingnya ciri aerodinamik dan Ford tidak terkecuali. Dengan bertemakan bentuk oval dan hasilnya ialah kereta ini yang sering dipandu oleh ejen Mulder dalam siri X-Files. Muram betul rupanya. Patutnya majalah Road and Track menyifatkan kereta ini sebagai sebuah kereta yang paling sedih pernah dihasilkan.

Chevrolet SSR

Tema retro dalam industro automotif memang cukup popular dan digemari ramai. Tapi entah kenapa Chevrolet SSR ni nampak macam tom yam tak cukup perisa. Bila direnung lama-lama kita akan perasan yang pikap ini mempunyai cermin sisi yang pelik dan kelihatan tidak kena tempat. Itu belum kira jaluran panjang pada bahagian gril hadapan dari kiri ke kanan. Syukurlah ia kekal sebagai konsep. Siapalah punya idea nak gabungkan trak pikap dengan kereta sport ni.

BACA: IMEJ NISSAN SYLPHY BAHARU TERDEDAH

Pontiac Trans Sport

Minivan memang susah nak nampak cool dan minivan Pontiac ni memang nampak macam mesin perbesih hampagas. Pontiac menggelarkannya sebagai “kenderaan angkasa lepas era 92-an” tapi kami rasa ia kelihatan macam lelaki separuh umur yang tiba-tiba sibuk nak lakukan aktiviti sukan”  

Fiat 500L

Mazda CX30

Fiat 500 baru boleh dikatakan antara kereta paling cute pernah dihasilkan tapi lain pula halnya dengan Fiat 500. Pereka Itali memang tahu apa dimahukan dan mereka juga kadang kala suka membuat lawak dengan menghasilkan kereta seperti ini.

Suzuki X-90

Sebelum Proton memperkenalkan X70, Suzuki sudah pun mempunyai modal yang dinamakan X-90. Ia merupakan sebuah kenderaan 4×4 coupe kompak dengan hanya dua tempat duduk. Rupanya memang aneh tapi bagi mereka yang bermulut manis akan menggelarkannya sebagai ‘unik’. Cuba tengok gambar betul-betul, unik ke kelakar?

Nissan Juke

Ini Juke ke Joke?sejak diperkenalkan hinggalah dihentikan pengeluaran ia memang sentiasa dipertikaikan oleh semua yang melihatnya. Model yang kelihatan seperti katak ini masih mampu mendapat tempat di hati peminat Nissan di seluruh dunia. Mungkin Nissan cuba menghasilkan rekaan tang kreatif tetapi hasilnya ialah satu produk yang menjolok mata.

Pontiac Aztek

Ia sebenarnya sebuah SUV yang mendahului zaman. Ia cukup rugged, berfungsi dan seronok dipandu. Kekurangannya cuma satu: terlalu hodoh. Memang cukup aneh jika difikirkan kembali siapa yang bertanggungjawab meluluskan rekaan kereta ini.

Nissan S-Cargo

Sekali tengok kami dah tahu kenapa ia dinamakan S-Cargo. Cuna cari maksud siput babi dalam bahasa Perancis. Ia merupakan sebuah van mini dengan enjin 75 hp yang sesuai untuk digunakan di bandar-bandar besar. Tapi tulah, sakit pulak rasa hati bila melihat pada lampu depannya yang terbonjol macam tu.

Chrysler Imperial 1990-93

Namanya cukup hebat tapi hasilnya ialah sebuah kereta yang mempunya rupa yang pelik untuk sasaran pembeli yang rata-ratanya sudah berusia. Selain daripada itu ia juga dilengkapkan dengan enjin yang kurang berkuasa sekaligus menjejaskan nama Imperial yang cukup dikenali ramai.

Fiat Multipla

Bagi sebuah MPV moden, Multipla adalah sebuah MPV dengan rupa paras yang paling teruk. Ia mempunyai tempat duduk yang hampir sama dengan MPV lain cuma ia kelihatan seperti seekor itik. Yang kelakarnya ia pernah dipamerkan di Museum of Modern Art di New York sebagai contoh kenderaan zaman akan datang. Habis la kalau ia benar-benar menjadi kenyataan.

KREDIT: CARBUZZ

Tags
Google ads
Back to top button