Motosikal

HONDA BANGUNKAN SKUTER TIGA RODA?

Honda kini dilapor sedang giat membangunkan skuter tiga roda untuk bersaing dengan produk keluaran Piaggio dan Yamaha.

Jentera itu didakwa bakal dibangunkan di atas platform motosikal bersesaran kecil, selain model berasaskan kepada NC750 yang pernah dilaporkan sebelum ini.

Skuter tersebut dijangka bersaing secara langsung dengan model  Yamaha Tricity dan Piaggio MP3.

Honda-three-wheeled-scooter-mekanika (2)

Kenderaan tiga roda yang fleksibel dilihat semakin mendapat perhatian pengguna. Buktinya, Yamaha cuba mengukuhkan kedudukannya dalam segmen itu dengan mengumumkan bahawa MWT-9 bakal diproduksi tidak lama lagi. Malah, semakin banyak model sedang direka sekarang.

Pada awalnya, Honda memang konservatif dalam pembinaan skuter tiga roda. Namun, ia kini berubah. Sekiranya lakaran yang tersebar di internet adalah benar, skuter tersebut memiliki dua buah roda di hadapan dengan unit enjin swingarm di belakang.

Ini bermakna, Honda bakal menghasilkan skuter bersesaran 150 hingga 200cc. Cukup untuk kegunaan di kawasan urban dan perjalanan pendek ke luar bandar.

Honda-three-wheeled-scooter-mekanika (3)

Sebelum ini, Honda pernah mempamerkan model konsep Neowing pada acara Tokyo Motor Show 2015.

Google ads
Back to top button