Pandu Uji

HONDA CR-V BAHARU – BERMULA RM139,800

Honda Malaysia dilihat meneruskan momentum jualan yang positif ke tahun 2015 apabila melancarkan model SUV popularnya, Honda CR-V.

SONY DSC

Lebih menarik lagi, Honda Malaysia turut memperkenalkan varian CR-V 2.0L pacuan dua roda (2WD) buat pertama kalinya. Sekali gus menambah varian sedia ada iaitu 2.0L 4WD dan 2.4L 4WD.

“Segmen SUV menyaksikan pertumbuhan yang signifikan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Berdasarkan kepada maklum balas pasaran, kami mendapati wujud permintaan yang tinggi terhadap SUV berpacuan dua roda (2WD).

SONY DSC

“Sebab itulah kami kami memperkenalkan varian 2.0L 2WD dalam barisan model CR-V baharu,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Yoichiro Ueno.

Dengan sasaran sebanyak 700 unit sebulan, Ueno menjangkakan varian 2.0L 2WD akan menyumbang lebih 50 peratus kepada jualan keseluruhan CR-V. Sementara varian paling mewah iaitu 2.4L 4WD pula mewakili satu pertiga daripadanya.

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (22)

Di Malaysia, CR-V sememangnya peneraju dalam segmen SUV bersaiz sederhana sejak dilancarkan pada tahun 2001. Menjadi salah satu SUV paling diminati, jualannya mencecah lebih 52,000 unit.  Model generasi keempat yang diperkenalkan pada Mac 2013 telah berjaya dijual lebih 14,700 unit sehingga kini.

Biarpun menerima pelbagai penambahbaikan dari aspek luaran dan dalaman, CR-V tetap ditawarkan pada harga yang kompetitif. Buktinya, CR-V kini ditawarkan pada harga RM139,800 untuk varian 2.0L 2WD.

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (19)

Sementara model 2.0L 4WD berharga RM150,800 dan varian 2.4L 4WD boleh anda miliki pada harga RM169,800. Semua harga itu adalah di atas jalan termasuk insurans.

Kenapa model CR-V atau (Comfortable Runabout Vehicle) ini begitu popular? Jawapannya mudah, CR-V menawarkan pakej lengkap yang merangkumi rekaan menarik, praktikaliti, prestasi dan penjimatan bahan api.  

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (3)

Direka berasaskan kepada konsep ‘Value Up CR-V’, CR-V baharu mengekalkan semua ciri utama daripada model sebelumnya. Penampilan luaran CR-V tidak jauh berbeza dengan model yang ditawarkan di pasaran Thailand. SUV ini mengetengahkan rekaan yang lebih tegap menerusi rekaan serta garis badan yang kemas. Elemen itu diserlahkan melalui gril hadapan bersama tiga jalur kemasan krom. Selain bampar hadapan dan belakang baharu.

Di ruang kabin pula, CR-V baharu menerima banyak penambahbaikan dengan salutan perak serta kemasan krom untuk memberikan rasa yang lebih premium dan kemas.

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (17)

Varian 2.0L 2WD dilengkapi pelbagai ciri termasuklah sistem kemasukan pintar bersama butang penghidup enjin, lampu nyalaan siang LED dan tempat duduk kuasa dengan 8 talaan berbeza.

Tipikal sebuah kenderaan Honda, CR-V menawarkan ruang dalaman yang luas bagi memberi keselesaan pada bahagian kepala dan kaki pemandu serta para penumpang.  Malah, ruang kargonya boleh ditingkatkan secara dramatik daripada 589 kepada 1,146 liter kerana tempat duduk belakangnya boleh dilipat melalui satu pergerakan sahaja (One-Motion Rear Foldable Seats).

SONY DSC

Varian baharu 2.0L 2WD berkongsi rangkaian kuasa yang sama dengan model 2.0L 4WD. Kedua-duanya dijana oleh unit enjin SOHC i-VTEC berkuasa 155PS dan tork maksimum 190Nm.

Varian baharu 2.4L 4WD pula menggunakan khidmat enjin DOHC empat silinder 16 injap i-VTEC yang berupaya menghamburkan kuasa maksimum 190PS dan tork 222Nm @ 4,400rpm.

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (21)

Semua enjin itu kemudian dipadankan dengan transmisi automatik lima kelajuan yang  menawarkan  keseimbangan yang sempurna di antara penjimatan bahan api dan prestasi.

Bezanya cuma, varian 2WD pastinya akanmemberikan tahap penjimatan bahan api yang lebih baik. Bagi meningkatkan lagi kecekapan penggunaan bahan api, semua varian dilengkapi butang Mode ECON sebagai satu ciri standard.

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (20)

Honda Malaysia nampaknya komited untuk meningkatkan aspek keselamatan CR-V dengan pengenalan teknologi Honda LaneWatch. Varian 2.4L 4WD merupakan model pertama dalam segmennya yang memiliki ciri ini.

Honda LaneWatch berfungsi membantu meningkatkan tahap penglihatan pemandu ke arah trafik sebelah penumpang hadapan, berbanding jika hanya menggunakan cermin sisi sahaja. 

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (1)

Selain itu, CR-V baharu juga dilengkapi dengan spesifikasi keselamatan tertinggi pada semua variannya. Antaranya termasuklah ciri Vehicle Stability Assist (VSA), Emergency Stop Signal, Hill Start Assist dan enam beg udara untuk varian 2.4L 4WD. Manakala  bagi varian 2.0L 2WD dan 2.0L 4WD, empat beg udara ditawarkan.

Lima pilihan warna CR-V diberikan iaitu kelabu, putih, biru, perak dan hitam (Crystal Black Pearl).

SONY DSC

Honda turut menawarkan empat pakej aksesori menarik untuk CR-V baharu yang menggabungkan penambahbaikan dari segi dalaman dan luarannya. Pakej-pakej ini bermula pada harga yang berpatutan iaitu RM2,650. Tahukah anda bahawa CR-V adalah penyumbang terbesar untuk aksesori ini berbanding model-model Honda yang lain?

Tidak jauh bezanya dengan model-model lain daripada Honda, CR-V hadir bersama jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had dan selang servis setiap 10,0000km.

Honda-CR-V-facelift-2015-mekanika (18)

Bagi meringankan beban pelanggan, mereka juga layak menikmati servis buruh percuma sebanyak enam kali yang diselang-selikan dengan servis berbayar sehingga perbatuan mencecah 100,000km di semua 77 buah pengedar Honda di seluruh negara.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button