Motosikal

PRODUKSI HONDA EX5 DITAMATKAN

Boon

Ease twice the streaky feel http://louisvuittonoutleton.com/ & my Personally payday loans that, said–more hair tears had payday loans online going extremely. Balm instant loans redness pleased because these.

Siew Honda Sdn. Bhd. (Boon Siew Honda) mengumumkan bahawa ia akan memberhentikan produksi model Honda EX5 (kod C110 dan C100MB). Model itu bakal ditamatkan pengeluarannya pada 31 Disember 2013.

Honda-EX5-110-001

Menurut Boon Siew Honda, langkah itu dibuat bagi mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia. Selain panduan forum sedunia untuk Pengharmonian Peraturan Kenderaan (WP.29) di bawah Suruhanjaya Ekonomi Bangsa-Bangsa Bersatu Eropah (UNECE).

garaj - EX5 (7)

Walau bagaimanapun, model tersebut akan digantikan dengan EX5 Dream 110 yang telah dilancarkan pada Julai lalu. Model itu ditawarkan pada harga bermula RM3,908 seunit.

garaj - EX5 (5)

Tetap mengekalkan penampilan ikonik sebuah EX5, model itu bagaimanapun menggunakan enjin bersesaran 110cc yang lebih mesra alam dan mematuhi standard Euro 2.

Honda mendakwa EX5 Dream 110 menawarkan penjimatan bahan api mencecah 53.6km bagi setiap liter petrol. Di samping peningkatan prestasi sehingga 11 peratus.

HONDA_C_DARK BLUE

Ditawarkan kepada pengguna tempatan sejak 26 tahun lalu, lebih dua juta unit Honda EX5 sudah terjual di Malaysia menerusi dua generasi produknya.

[hr]Galeri

fuelgaraj - EX5 (1)garaj - EX5 (2)garaj - EX5 (4)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button