GALERI PERODUA AXIA 2023. VARIAN AV, SE, X & G. DAH BOOKING BELUM?
OK, memandangkan anda semua dah baca maklumat tentang Perodua Axia serba baharu, sekarang saya kongsikan pula foto rasmi daripada Perodua.
Sudah memasuki generasi kedua, Axia menerima penambahbaikan yang cukup signifikan dari segi dalaman dan luaran.
Antaranya ialah penggunaan platform DNGA yang sama seperti Ativa dan Myvi facelift, kotak gear D-CVT yang lebih jimat, rekaan luaran lebih garang, sistem keselamatan dan banyak lagi.
Jentera kompak itu bagaimanapun masih menggunakan enjin Axia sebelum ini iaitu 1.0 liter aspirasi tiga silinder berkuasa 67hp dan tork 91Nm.
Axia hadir dalam lima warna menarik iaitu biru (Coral Blue), merah (Lava Red), kelabu (Granite Grey), perak (Glittering Silver) dan putih (Ivory White).
Berikut adalah gambar studio Axia 2023 mengikut varian:
Axia AV (RM49,500)
Tambahan ciri-ciri berikut:
- tempat duduk separa kulit
- skrin sentuh LCD 9 inci, sokongan HDMI
- skrin paparan kluster TFT 7 inci
- roda stereng balutan kulit dengan butang kawalan fungsi
- 6 beg udara
- Advanced Safety Assist (ASA 3.0): Amaran Pra-Pelanggaran, Brek Kecemasan Automatik (AEB), Kawalan Salah Operasi Pedal, dan Amaran Pergerakan Kenderaan Hadapan
- Bantuan Suluhan Tinggi (AHB), Amaran dan Pengelakan Keluar Lorong (LDW), Sistem Pemantauan Titik Buta (BSM)
- kamera undur
Axia SE (RM45,000)
- lampu nyalaan siang (DRL) LED
- skirting depan dan sisi
- jeriji depan krom
- tempat duduk semi bucket
- mode PWR
- kawalan pendingin hawa digital
- roda stereng dengan butang PWR
Axia X (RM40,000)
- lampu utama LED dengan fungsi automatik
- fungsi larasan manual, follow me home
- roda stereng boleh laras (tilt)
- butang pandu mula
- sistem kemasukan pintar
Axia G (RM38,600)
- lampu jenis halogen
- lampu belakang mentol, lampu brek ketiga LED
- rim aloi 14 inci
- sistem kemasukan tanpa kunci
- tempat duduk balutan fabrik
- panel instrumen tona tunggal, skrin info LCD 4.2 inci
- ABS, EBD, Bantuan Brek, Bantuan Mula Mendaki (HSA), Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)
- dua beg udara
- cagak ISOFIX
- tempat duduk pemandu boleh laras ketinggian
- sistem audio asas dengan sokongan Bluetooth
- BACA: PERODUA AXIA 2023 RASMI DILANCARKAN. 1.0L NA, 4 VARIAN, BERMULA RM38,600 SAHAJA!
- BACA: SEGALANYA TENTANG PERODUA AXIA 2023, LEBIH BESAR DAN LEBIH JIMAT
- BACA: PERODUA AXIA 2023 D74A, HARGA BERMULA RM 38,600. LAMPU DEPAN LED & WARNA BARU
- BACA: NAK BELI PERODUA AXIA MANUAL? SABAR SIKIT, LEPAS HARI RAYA AIDILFITRI BARU LANCAR