Pandu Uji

HONDA JAZZ: PAKEJ LENGKAP

Langkah Honda Malaysia menjadikan jentera kompak popularnya, Jazz sebagai model pemasangan tempatan (CKD) pada Julai 2013 sememangnya satu keputusan yang tepat. 

 IMG_2057

Jika sebelum ini, ketika ia dibawa masuk sebagai unit CBU, purata jualannya hanya sekitar 650 unit setahun (selama lima tahun). Namun, sebaik sahaja Jazz CKD diperkenalkan, jumlah jualannya melonjak kepada lebih 6,770 unit dalam tempoh kurang setahun. Pastinya, angka itu sudah cukup untuk membuktikan bahawa Jazz sudah lama diminati oleh pengguna tempatan.

Di pasaran global, Jazz atau dipanggil sebagai Fit di Jepun mencatat jualan lebih 4.87 juta unit sejak dilancarkan pada tahun 2001. Maka tidak hairanlah ia menjadi model penting buat Honda untuk bersaing dengan model sekelasnya.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (4)

Memasuki generasi ketiga, Jazz sudah pun menjenguk pasaran negara jiran seperti Thailand dan terbaharu, Indonesia. Dengan rekaan yang lebih sporty dan dilengkapi rangkaian teknologi terkini, Jazz sememangnya berupaya menarik minat pembeli kereta pertama untuk memiliki sebuah Honda.

Sebagaimana sedia maklum, Honda Malaysia akan memperkenalkan Jazz serba baharu ini tidak lama lagi. Malah, anda sudah boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran Honda atau melihat Jazz secara dekat di lokasi-lokasi yang termasuklah dalam jadual siri jelajahnya.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (8)

Baru-baru ini, Honda Malaysia ada menjemput Mekanika Malaysia untuk memandu uji Jazz di Hua Hin, Thailand. Untuk makluman, Hua Hin ialah bandar Diraja Thailand. Menjadi salah satu lokasi percutian terkenal di Thailand, jalannya lurus sahaja dari hujung sini sampailah ke hujung sana.

Sesi pandu uji Jazz lebih kepada laluan di atas lebuh raya. Jadi, bolehlah saya menguji sejauh mana tangkasnya Jazz untuk memecut di atas permukaan jalan raya yang turut dikongsi dengan puluhan trak pikap dan kenderaan besar yang memang jarang sekali dipandu perlahan.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (1)

Satu perkara yang menghairankan saya ialah lokasi pusingan U ada banyak di sepanjang lebuh raya ini. Percaya atau tidak, pusingan U itu tidak mempunyai sebarang ‘lencongan’. Maksudnya, anda perlu membuat pusingan pada laluan paling kanan/laju di laluan bertentangan. Memang bahaya.

honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (13)

Jazz dikuasakan oleh unit enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang turut dipasang pada City. Digabungkan dengan kotak gear CVT yang dibangunkan di bawah teknologi Earth Dreams Honda, Jazz terasa ringan dan berkuasa. Pertukaran gear juga dapat dilakukan dengan pantas dan lancar.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (14)

Model kompak ini tidak berdepan sebarang masalah untuk mencapai kelajuan sekurang-kurangnya 140km/j dengan empat orang dewasa di dalamnya. Cuma, pada kelajuan itu, bunyi bising agak ketara. Mungkin disebabkan oleh tayar yang digunakannya.

Penumpang belakang boleh menikmati perjalanan dengan selesa. Selain tempat duduknya yang tidak terlalu menegak, olengan tubuh adalah minimum dan  suspensinya mampu menyerap ketidaksempurnaan permukaan jalan dengan baik.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (11)

Biarpun nampak kompak, Jazz menawarkan ruang kabin yang luas. Ruang kaki dan kepala lebih daripada mencukupi biarpun anda berbadan besar. Ultra atau magic seats itu pula boleh dilipat dalam pelbagai konfigurasi dengan mudah.

Bagi menjadikannya lebih mesra pengguna, Jazz dipasang dengan paparan audio skrin sentuh bersaiz tujuh inci dan sembilan ruang meletak minuman.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (2)

Dinilai dari segi penampilan, hala tuju konsep rekaan Exciting H Design!!! sememangnya membuatkan Jazz ini jauh lebih sporty berbanding dua generasi terdahulu.

Saya tahu ramai yang mahukan warna kuning itu. Saya pun sama. Minta maaf, buat masa sekarang, warna itu memang tidak akan ditawarkan ke pasaran tempatan. Ini  kerana kilang Honda Malaysia di Pegoh, Melaka tidak mempunyai tangki cat berwarna candy seperti itu. Saya difahamkan bahawa warna paling ‘in’ sekali pun berkemungkinan besar warna biru yang menjadi warna signatur City.

 honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (5)

Dengar kata, Jazz yang didatangkan dalam tiga varian iaitu 1.5S, 1.5E dan 1.5V mungkin ditawarkan pada harga sedikit rendah berbanding model Jazz sebelum ini. Jika benar, tidak mustahil ia boleh menggugat iman mereka yang mahu membeli varian tertinggi Perodua Myvi.

SONY DSC

Jadi, wajarkah anda membelinya? Hmmm… Jika anda mahukan sebuah kereta bandar yang memiliki pakej lengkap, tiada alasan anda harus berkata tidak kepada Jazz.  

[hr]GALERI

 SONY DSCSONY DSCSONY DSChonda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (7)honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (9)honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (10)honda-jazz-pakej-lengkap-mekanika (17)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button