Motosikal

SEGWAY BAKAL PERKENAL MOTOSIKAL APEX H2 DIJANA KUASA HIDROGEN

Segway bakal membangunkan motosikal futuristik yang dipacu kuasa hidrogen dikenali sebagai Apex H2.

Apex H2 kelihatan seperti jentera dalam filem sains fiksyen didatangkan lampu utama nipis, penghadang angin minimalis dan lengan ayun bersesuaian dengan roda hadapan serta belakang yang besar.

Bahagian sisi merupakan antara yang menarik perhatian, dilengkapi ruang simpanan untuk menyimpan bekas bahan api.

Bagaimanapun, jentera terbaharu itu tidak menggunakan  bahan api tetapi ruang storan tersebut adalah untuk simpanan hidrogen yang menjana kuasa elektrik disalurkan kepada motor elektrik.

Segway tidak mendedahkan perincian jentera terbabit tetapi mendakwa Apex H2 mampu menjana kuasa mencecah 80 hp.

Ia juga dikatakan berupaya memecut 0 hingga 100 km/j  dalam tempoh bawah empat saat sebelum mencapai kelajuan tertinggi 150 km/j.

Apex H2 dijangka bakal dilancarkan pada tahun 2023 dan dijual pada harga jualan bermula dari AS$10,699 (RM44,267). -carscoops

Google ads
Back to top button